Artis / Selebriti
” Ya Allah, kuatkan lah hati ini. Setiap hari aku menangis mengenangkan kisah lama.. ” – Ridzokumura
Perkongsian terbaru Ridzokumura di Instagram mengenai arwah isterinya, Akiko buat ramai rasa tersentuh hati. Sebaknya baca luahan hati Ridz..
Meninjau ke akaun Instagram Ridzokumura, perkongsian terbaru Ridz telah membuatkan ramai berasa tersentuh hati. Ridz memuatnaik sebuah video kenangan bersama arwah isterinya, Akiko Okumura ketika berada di luar negara.
Umum mengetahui yang Akiko telah pergi menghadap Ilahi pada 28 Februari lepas dan pemergiannya amat mengejutkan ramai. Setelah hampir dua minggu, kehilangannya masih terasa terutamanya buat Ridz dan juga anak mereka iaitu Sky Taizo.
Ridz telah meluahkan rasa rindunya terhadap arwah Akiko dan setiap hari Ridz mengalirkan air mata apabila teringatkan kenangan-kenangan lama mereka. Akiko seorang isteri yang sangat baik dan menjaga suami serta anak dengan cukup sempurna.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kini hanya video-video kenangan yang menjadi pengubat rindu Ridz terhadap Akiko. Menurut Ridz, Sky menjadi penguat semangat buatnya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Ridz. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Ini ujian utk dek wan …Allah sayang arwah Akiko Allah sayang jugak kat dek wan..banyak kan sabar.. ketika ini bila hati dek wan rasa tak kuat..baca Al-fatihah sedekah pada arwah yer .. “
” Orang2 terlalu focus anak hilang ibu.sampai lupa ada suami yg kehilangan isteri bidadarinya. peneman selama 16tahun susah senang bersama teman gaduh,teman bercerita,teman tidur.. “
” Tenung la muka sky,peluk la sky bila teringat kt arwah.. Ya allah bestnya Akiko..dapat redho suami.. Semoga Abg Ridz dan Sky selalu kuat utk menempuh dugaan ini… “
” Ikutkan mmg susah nk move on sbb setiap hari akan rindu dan rindu mkin mendalam org yg pernah hadapi jek yg tau. Semoga abg ridz tabah ye.. “
” Al Fatihah sabar byk byk zikir ya Dek Wan insyallah Allah bagi kekuatan rindu tu memang sakit sgt hanya Allah yg mampu membantu kita in syaa allah.. “
” Rasa rindu yang tak ada hentiya… Rasa lain sebab tak dpt tgk menu sahur arwah lg.. no words can describe how hurt hilang org tersayang.. “
” Ya-Allah sebaknya baca tulisan abang..semoga abang di beri kekuatan dan ketabahan hadapi dugaan ini. Ya Allah, tenangkanlah hati sahabatku ini.. ”
Rindu pada yang telah tiada merupakan rindu yang paling sakit. Semoga Ridz dan juga Sky sentiasa tabah dengan ujian yang dilalui dalam kehidupan mereka ini. Semakin masa berjalan dan berlalu, pastinya ia dapat mengurangkan rasa sedih akan kehilangan Akiko.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

