Artis / Selebriti
” Ya Allah, baru nampak Ina menitiskan air mata. Kenapa aku pulak nangis ni.. ” – Netizen

Video Jiran Dari Kelantan Datang Ke Johor Melawat Ina Naim Dan Anak-Anak Cur1 Perhatian Ramai. Part Masa Ina Menangis Buat Warganet Turut Sama Menitis Air Mata. Alahai Sebaknya !!
Ketika Suhaimi Saad masih ada, arwah membawa Ina Naim dan anak mereka berhijrah ke Kelantan. Sukakan suasana yang damai dan bebas dari hiruk pikuk kota raya, Suhaimi sekeluarga bahagia dengan kehidupan serba sederhana di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Menerusi perkongsian salah seorang jiran Ina yang menggelarkan dirinya KakNik, telah dimuatnaik video-video yang memaparkan KakNik ke Johor untuk menziarahi Ina dan anak-anak. Hubungan mereka yang akrab seperti keluarga sendiri dapat dilihat menerusi video ini.
Ketika KakNik sampai, Ina masih boleh tersenyum dan bercerita bermacam-macam hal. Namun suasana mula bertukar menjadi sayu di saat KakNik menyerahkan amanah berupa sedekah daripada jiran-jiran di Kelantan untuk diberikan kepada Ina.
Air mata Ina jatuh juga kerana terharu dengan keprihatinan semua orang terhadap dirinya dan anak-anak. Ini kali pertama warganet melihat Ina menangis. Perginya Suhaimi tempoh hari Ina langsung tidak nampak menangis depan oranh dan tenang dengan senyuman. Tetapi kali ini, hanya Allah yang mengetahui perasaan Ina.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
Watch on TikTok
Watch on TikTok
Watch on TikTok
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ina sebak menangis bukan kerana kehilangan, tapi kerana kehadiran insan2 prihatin.. dan doa2 kalian. moga Allah angkat darjat Ina Naim sekeluarga.. ”
” Gugur jugak airmata ina.. Sye pon sebk sgt tngok vdeo ni. Ya Allah kuatkn ati ina naim hadapi smua ujian ni dlm khdpnnye sehariannya.. ”
” Saya baru nk komen, dia menangis tu sebak kerana Allah baik sgt. Allah hntr org baik2 utk smpikan nikmat Allah.. ”
” Ya Allah baru nampak ina naim menitiskan airmata.. semoga ina kuat ya.. dlm hati Ina mesti ckp ngn suami dia Abg tgok la semua syg Abg syg Ina ank2.. knpe aku plk nangis ni.. ”
” Dia mngis bkn sbb ss tak de. tpi dia mngis sbb rmai yg syg dia stelah ss tiada,Allah hadirkan org2 yg baik mendampingi dia.. ”
” Allahu… mngalir airmata nie bile lihat akn dirimu wahai pemilik nama ina naim… ssngguhnyer kau wanita yg hebat tuk lalui ujianNya nie.. ”
” Ini baru aku nampak ina nangis.. bkn sbb kehilangan SS.. tp sbb Allah hadir ramai insan2 yg syg dia.. walau pun x kenal.. Allahu jatoh airmata aku.. ”
” Baru nampak ina menitis airmata.. sedihhnyaaa semoga ina kuat dgn anak2.. dihari pemergian arwah suami Ina. Xda nampak Muka Ina Dan anak² menangis.. Baru Kali ni tngk Ina nangis.. ”
Tersentuh hati warganet melihat air mata Ina mengalir. Perasaan terharu yang hanya Ina merasainya betapa ramai yang menyayangi Ina dan anak-anak. Allah ambil suaminya, namun Allah juga hadirkan ramai insan-insan yang baik hati dan prihatin terhadap Ina. Semoga Ina terus diberikan kekuatan dan melalui kehidupan dengan tenang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok MadamTiass
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Coretan buat semua pramugari di dunia ini, kisah 30 Mac lalu.. ” – Fasha Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Makin besar makin sama mukanya, manis je macam arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yeayy, akhirnya dapat juga dengar Dato’ Siti cover lagu ni, sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Fuh comment direct, tak ada filter. Baru lah betul-betul kawan, review jujur.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Lah mak Salmah, ingatkan duk diam je. Rupanya hebat, lincah sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” MasyaAllah hebat makhrajnya. Doa Iftitah pun masuk sekali dengan takbir raya, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah, bakal menantu ke tu ? Cantik bakal menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dah remaja sangat Aleesya, jelita dan menawan. Secantik maknya.. ” – Komen Netizen