Artis / Selebriti
” Woww cantik rumah kabin Shiera. View Genting macam banglo Yusof Haslam la.. ” – Komen Netizen
Sharifah Shahirah kongsi video tour rumah kabin yang dibina di kawasan rumahnya. Wah bukan bilik kabin biasa-biasa ni, cantik sungguh design dan dekorasi dalamannya. Pandai Shiera menggunakan betul-betul ruang di kawasan rumahnya..
Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera seorang yang humble dan penuh keceriaan. Perkongsian Shiera di akaun media sosial miliknya sering meraih perhatian ramai. Selain bergelar pelakon dan pengacara, Shiera juga kini bertugas sebagai penyampai radio di konti Sinar FM.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shieraijoy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shiera menunjukkan rumah kabin miliknya. Rumah kabin ini dihasilkan dalam laman rumah yang kosong sebagai bilik untuk anak-anak Shiera.
Rumah kabin ini terdapat 2 bilik iaitu bilik anak teruna Shiera, Airel dan anak sulungnya, Allisya. Shiera menunjukkan rekaan dalaman yang dibuat untuk bilik Airel dan ianya kelihatan cukup kemas dan selesa. Walaupun bilik anak bujang, tidak langsung bersepah dan semuanya tersusun rapi.

Bilik Allisya pula disediakan oleh Shiera untuk Allisya bersama cucu sulungnya. Kata Shiera, ketika musim monsun, Allisya yang tinggal di pulau Tioman bersama suaminya akan tinggal bersama mereka. Cantik sungguh rumah kabin Shiera, di luarnya dapat melihat suasana yang tenang seperti kawasan peranginan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Menarik eyh rumah kabin tu.. terbaik lah kak rara.. nice kak rara, pandai kak rara menggunakan betul kawasan rumah.. “
” Rumah kabin tapi cantik nampak selesa sangat.. lawanya cabin Shiera, best ni .. impian anak-anak remaja.. “
” Cantiknya. Bli tanah letak rumah cabin pun cantik kan.. kemas betul bilik anak bujang kak Shiera.. “
” Wah seronoknya.. Nice bilik anak bujang tu macam bilik anak dara, punya lah kemas tersusun.. “
” Woww cantik rumah kabin shiera.. view genting macam banglo yusof haslam laaa.. bestnya duduk macam ni. dalam tu fuh.. “
” Kreatif nya, besar rumah shiera ni. lawa betul rumah, suasana tu nyaman dan tenang je. design cantik, great idea untuk belakang porch tu eh.. “
” Best nya ada bilik cabin saya suka sgt orang yg ada bilik cabin ni anak2 boleh ada SPACE sendiri.. puas hati bethollll penggunaan land shieraaa.. “
Rumah kabin pun sudah secantik dan seselesa ini, puas hati anak-anak Shiera ada ibu yang kreatif seperti Shiera. Idea yang menarik untuk diikuti oleh mereka yang ada kawasan atau tanah lapang di rumah untuk dijadikan bilik tambahan untuk keselesaan bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

