Connect with us

Artis / Selebriti

” Wow YB, direct sangat ni. Secara terang-terangan depan Mama dan Abuya lagi, confirm lah ni.. “- Komen Netizen

Video YB Saddiq dan Bella Astillah berbalas pickupline di pentas Anugerah Melodi Terhangat buat ramai teruja. Amboi YB, kali ini secara terbuka dan tak berselindung lagi. Hint sangat tu YB, Mama dan Abuya mesti dah approve ni.. 

Bahang Anugerah Melodi Terhangat 2025 masih lagi dirasai dan masih ramai yang bercerita mengenai moment menarik yang terjadi di anugerah berprestij itu semalam. Pastinya pasangan penyampai anugerah yang dinanti-nantikan ramai adalah Bella Astillah dan YB Syed Saddiq.

Pasangan ini diberikan mandat untuk mengumumkan pemenang untuk salah satu kategori yang dipertandingkan. Sebagai selingan, perbualan dan usik mengusik Bella dan YB Saddiq sepanjang berada di atas pentas menggamatkan suasana dewan dengan sorakan dan gelak ketawa penonton.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM dan Tiktok Team Bass, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bella dan YB Saddiq itu. Bella berkongsi cerita mengenai peristiwa dia terjatuh ketika photoshoot Primavalet yang menyebabkan dahinya bengkak.

Niat Bella ingin memberikan YB Saddiq pickupline tetapi siapa sangka, YB Saddiq sekarang sudah bijak membalas pickupline daripada Bella. Tersipu-sipu Bella ketika YB Saddiq memberikan jawapan yang terpaling jujur dan ikhlas dari hatinya itu. Makin bersorak penonton yang mengikuti perkembangan BASS ini.

Jom tonton video perkongsian di bawah :

@budak.tadika

Korang dah dengar ke lagu terbaru bella…? YB pon dah pandai bagi pick-up line skrg 🤣 #BASS #fypage #fypviralシ #fyp #bellaastillah #syedsaddiq

♬ original sound – Budak Tadika – Budak Tadika

@bellaastillahsyedsaddiq7

#bellastillah #syedsaddiq #sweetcoupleBASS #TeamBASSOfficial #artismalaysia #Syedsaddiqsupport #BellaAstillahSupport #BASSties #foryoupageofficiall #fypage

♬ original sound – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL] – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL]

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Karang kena dua orang ni kang.. jgn sweet2 sangat, dah krem senyum sorang ni.. aku yg mcm kerang busuk sengeh je nih nape.. ini kira confirm lah ni.. “

” Penat sengeh tengok BASS ni.. Pergh yb masuk pentas melodi guyy.. duk atas tu pun mcm berbahas dlm parlimen aku x blh la dia ni.. macam berucap dalam parlimen la YB.. Woowww YB direct sangat malamni depan semua.. secara terang-terangan.. dah tak nak selindung lagi dah.. “

” Wow so sweet, BASS such gentlemen doh.. Mesti semua audience yg hadir lenguh mulut kan senyum2 ehh. alhamdulillah hari hari dengar bella nyanyi .. so cute.. “

” Ai buat buat tak tau pulak siapa dlm hati yb tu.. saya Ulang banyak Kali ni.. kembang² dh pipi.. sweet btl yb mlm ni.. yb dh kasi hint tu fhm2 sendiri la.. depan mama dan abuya lagi tu..”

” Bella: siapa pulak calon pilihan hati yb? Yb : buat2 tidak tahu pulak.. Eee skrg aku plk yg hyper nk melompat-lompat..  Jrang tengok melodi versi parlimen tapi sweet.. “

” Haishhhh YB ni.. lepas dia puji Bella ‘You look gorgeous tonight’ dia boleh tenung Bella smpi dia sendiri hilang fokus. ishhhhhh cubit kanggg comeyyy.. “

” Bahaya betul jika BASS berada di tempat umum… Salah sorang tu kadang kadang terlupa diri, tak YBSS, pasti Bella, masing-masing hilang fokus… Apa pun Lebih Indah Bersama pabila couple of the days ni hadir bersama sama Mama dan Abuya serta Mama Bella.. “

” Mata pandang Mane tu yb.. satu malaysia live nampak yb terpegut lama sangat tu.. aduhhh bersemut hp i. tp kan yb terlalu berterus terang lh.. “

Berbunga-bunga hati melihat gelagat YB Saddiq dan Bella itu. Pasangan yang disukai ramai dan tentu ramai golongan orang single yang makan hati melihat sweet BASS itu. Apa-apa pun, semoga Bella dan YB Saddiq dipermudahkan segala urusan dan tolong cepat kahwin, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM, Tiktok Team Bass, Tiktok Budak Tadika

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Minyak Jungle Girl

Trending

Copyright © Berita Kopak