Artis / Selebriti
” Wow, muat 1 luggage baju untuk berenam. Kalau saya seorang pun dah boleh jadi dua beg.. ” – Komen Netizen
Video Wawa Zainal Menyusun Pakaian Dan Barang- Barang Untuk Pergi Bercuti Raih Perhatian Ramai Orang. Wah, Hebat Cara Susunan Wawa Boleh Muat Satu Beg Untuk Percutian 5 Hari Seramai 6 Orang !!
Apabila pergi bercuti, perkara yang paling penting ialah menyusun barang-barang yang ingin dibawa sama ada pakaian, makanan atau pun aksesori. Bukan sesuatu yang mudah apabila perlu menyusun untuk ke semua ahli keluarga terutamanya keluarga yang mempunyai anak yang ramai.
Menerusi akaun Instagram, Wawa Zainal telah berkongsi cara menyusun pakaian dan barang-barang ke dalam beg untuk percutian keluarganya buat kali ini. Wawa dan Aeril memilih untuk bercuti di Vietnam selama 5 hari bersama empat orang cahaya mata mereka.
Video Wawa ini sangat menarik kerana Wawa menyusun dengan begitu rapi sekali dan hanya memerlukan sebuah beg sahaja untuk pakaian mereka sekeluarga dan sebuah beg lagi dipenuhi dengan stok makanan dan juga segala aksesori seperti kasut, beg serta topi.

Perkongsian ini telah menerima lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Paling menarik percutian mereka mengenakan baju yang sedondon setiap hari dan nampak mudah sahaja Wawa menyusun segala barang di dalam beg.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Rata-rata mereka memuji cara susunan Wawa. Antara komen-komen yang diberikan :
” Wowww muat 1 luggage baju utk ber6. Sy ber5 takk muattt 1 beg.. Klu sy tu campur termenung sekali sambil berangan… Tu yg jd lama agaknya yea .. “
” Saya nk balik kg pon dah pening kepala nk pack lagikan travel adehh jem mak.. Wow macam mana ni 5 oranges boleh muat 2 beg jaaa .. “
” Wah laju pack..kalau akk pakej termenung skli..mcm nk bw almari terus.. power la boss mcm mana saya sorg bag jadi banyak.. Kalau saya seorang pun dah boleh jadi dua beg.. “
” Elok je 1 family 2 bag. Mai nihhh 2 bag tu barang sendiri je boss, ikut hati 1 rumah nak bawak pi travel.. 5 kali repeat tgok, suka dgr bunyi and susun2 brg.. “
” Kita slalu bwk 1handbag je. Wawa bwk 1 hari 1 handbag ye.. Kalau g travel sama, bag boss la paling x byk kalau nak compare kitaorg .. “
” Storage kecik2 berzip tu beli kat mana? Nmpak senang tersusun semua.. Bestnya tengok!!! Kalau saya dah tunggang terbalik sambil termenung.. “
” Aku balik kpg 4 org sje dh 3 beg penuh blm bab kotak² lg,moga tahun dpn ni ade rezeki balik kpg nk cuba pack mcm ni la.. “
Wah, memang nampak sangat terinspirasi cara Wawa menyusun pakaian di dalam beg. Nampak mudah bukan, namun semestinya agak pening sebelum memilih pakaian yang ingin dipakai di sepanjang percutian. Selamat bercuti Wawa sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

