Artis / Selebriti
” Wow dua diva bergabung meletop. Queen singing with queen.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza berduet dengan Jaclyn Victor lagu Celine Dion, When You Believe raih pujian ramai. Fuh power betul suara masing-masing, goosebumps dengar..
Semalam telah berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun kelahiran biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Ramai rakan artis yang diundang ke majlis khas ini antaranya Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah. Mereka sudah lama bersahabat bersama DS Siti dan berhubungan baik.
Meninjau entry di akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti berduet bersama Jaclyn Victor. 2 bintang kesayangan ramai ini menghiburkan semua tetamu yang datang dengan menyanyikan lagu Celine Dion berjudul When You Believe.
Suara Jaclyn sememangnya tinggi dan membawakan lagu ini dengan penuh yakin dan bergaya. DS Siti juga tidak kurang hebatnya. Suara DS Siti semakin sedap dan ramai yang menyedari suaranya itu seperti zaman muda DS Siti dahulu. Nyanyian duet DS Siti dan Jaclyn ini begitu menenangkan dan mengasyikkan semua yang mendengarnya.
Satu persembahan yang mantap walaupun menyanyi secara santai di majlis hari lahir. Antara mereka berdua, langsung tidak kedengaran cuba over shadow antara satu sama lain. Penyanyi profesional dan versatile yang disukai oleh ramai pencinta seni hiburan tanahair.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wow dua diva bergabung meletop.. queen singing with queen.. kalau ada psmbahan ni confirm power fyp.. “
” Why dgr sore dato siti mcm lbih ringan n nipis…. sedapppppp.. Suka tengok jaclyn dengan tokti.. dua sahabat baik.. “
” Dua-dua hebat.. best sangat paduan yang merdu dan saling memberi. harmoni sangat suara dorang berdua ni.. “
” The concert we need. Concert satu suara next volume.. Harap Siti Nurhaliza buat gandingan dgn Jaclyn Victor… Just one song enough.. “
” Suka tgk Friendship tok ti dgn Jac , dayang, erni dan beberapa org lagi nampak ikhlas .. saling hormati antara satu sama… lovely.. “
” Pandai Jac buat harmoni. Love Jac and Siti Nurhaliza.. what WE really need … colab Tokti and Jac.. “
” Gandingan vokal mantap 2 org ni.. best international singer. kita kt luar tengok sambil tersengeh-sengeh. such a lovely performance. 2 powerful voice.. “
Apabila dua figura bersuara hebat berpadu suara, memang gempak jadinya. Suara DS Siti dan Jaclyn sangat harmoni dan saling melengkapi. Andai kata pada masa akan datang ada single duet antara DS Siti dan Jaclyn, pasti akan meletop dan menjadi siulan ramai.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral6 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral5 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral5 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Viral1 day ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral4 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara