Artis / Selebriti
” Weh sedap gila, sebijik Awie zaman dulu. Akhirnya dapat dengar Merrah nyanyi lagu Sejati.. ” – Komen Netizen
Video anak lelaki Dato’ Awie, Putra Ahmad Merrah menyanyi lagu Sejati raih pujian ramai. Wah sebijik macam suara Awie masa muda. Gaya rambut dengan bercakap pun serupa betul..
Dato’ Awie merupakan lagenda rock yang masih terus bersinar sekali pun sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air. Suara Dato’ Awie masih menjadi kesukaan ramai dan kini, anak lelakinya yang bernama Putra Ahmad Merrah mula mencuri perhatian orang ramai dengan bakat nyanyiannya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ahmad Merrah, Bob28582 dan Pokweil6338, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Merrah menyanyi di hadapan Dato’ Awie dan ahli Wings Motor Gang Society. Mereka berkumpul sempena AGM & WMGS 10th anniversary pada 25 hingga 27 Julai di Cinta Sayang Resort Sungai Petani, Kedah.
Banyak aktiviti yang dilakukan bersama-sama termasuk sesi karaoke. Merrah juga tidak ketinggalan untuk menghiburkan ahli kelab dengan nyanyiannya itu. Melihat wajah Merrah dan penampilannya, saling tidak tumpah seperti Dato’ Awie ketika zaman muda dahulu.

Ketika Merrah memperdengarkan suaranya menyanyikan lagu hits Wings berjudul Sejati, bunyi sorakan kedengaran. Merrah ada suara yang bagus dan sama seperti Dato’ Awie. Bangga Dato’ Awie melihat anak terunanya mewarisi bakat nyanyian. Mantap suara Merrah, tidak puas warganet mendengarnya.
Jom tonton video di bawah :
@bob28582
@pokweil6338 nyanyi depan bapak @ahmadmerrahh
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sebiji suara bapak dia masa muda.. merrah blh da ganti nyanyi lagu2 bapak dia smua.. Power. Dah ada pengganti. Akhirnya fresh blood.. “
” Ade gaya yg tersendiri… suara pun x lah exactly Awie kan. Keep it up dik, just brush up the high notes n u will be as good as your bapak.. “
” Untong hg ada darah seni dari ayah hg bolehlah belajar lagi dh insyallah boleh g jauh lagi dlm bidang nyanyian tu dan rupa pun dh ada . Cukup pakej tu.. “
” Muka anak sebijik ayah dia masa muda dlu…. suara pn sama.. dia punya gaya macam kat konsert.. steady lah awie muda.. lawak pun menurun ni haha.. “
” Bila tgk adik ni kan . teringat awie zaman muda² zaman kegemilangan awie dulu² .. rindunya zaman tu semua movie dia best.. “
” Copy sebijik dato awie.. muka sama betul macam bapak dia muda weh.. mesti awie kata now aku dah boleh settle down, dah ada pewaris takhta hehe.. “
” Weh sedap gila, sebijik awie zaman dulu. akhirnya dapat dengar merah nyanyi lagu Sejati. mengimbau kenangan zaman remaja ni.. “
Suara Merrah sememangnya ada tone Dato’ Awie dan suaranya itu mengimbau kenangan zaman Awie muda dahulu. Jika Merrah terus berlatih dan dapat menguasai teknik tarik seperti Dato’ Awie tentu lagi gempak. Apa-apa pun, suara Merrah memang padu dan semoga Merrah akan menjadi pewaris legasi Dato’ Awie.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ahmadmerrahh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

