Artis / Selebriti
” Weh sedap g1la walaupun Datuk M. Nasir nyanyi santai saja.. ” – Netizen

Video Datuk M. Nasir Menyanyikan Lagu Tiara Di Konsert Gentang Pati Raih Pujian Ramai. Wow Selamba Jer Datuk M. Nasir Tarik Part Tinggi Tu. MemangΒ Lain Macam Lah Bila Pencipta Lagu Sendiri Yang Menyanyi Lagu Tiara Ni, Padu Habis !!
Siapa tidak mengenali penyanyi dan juga komposer terkenal, Datuk M. Nasir. Sehingga ke hari ini boleh dikatakan lagu-lagunya masih menjadi siulan ramai. Baru-baru ini Datuk M. Nasir telah mengadakan Konsert Gendang Pati Live in Kuala Lumpur.
Konsert yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) menyaksikan seramai 3,000 penonton hadir untuk menonton persembahan daripada Datuk M. Nasir. Difahamkan seramai 16 pemuzik mengiringi persembahan tersebut.
Meninjau di akaun TikTok milik leftyarte, telah dikongsikan video memaparkan Datuk M. Nasir menyanyikan lagu ciptaannya yang bertajuk Tiara yang dipopularkan oleh Kumpulan Kris. Tampil kacak dengan persalinan unik berwarna hijau, Datuk M. Nasir membawa lagu Tiara dengan caranya yang tersendiri.
Perkongsian video ini menarik perhatian warganet. Ada yang meluahkan rasa kagum mendengar nyanyian Datuk M.Nasir dan mengatakan meskipun Datuk M. Nasir membawa lagu Tiara secara santai, ianya tetap kedengaran merdu dan mengasyikkan. Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 141 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@leftyarte Tiara by Pencipta lagu sendiri. #gendangpati #mnasir #tiara #raikancinta #hijabkekasih #hattan #datomnasir #suatumasa
@leftyarte Replying to @Sueshaidah Suatu Masa – M Nasir tersangat syahdu #gendangpati #mnasir #suatumasa #datomnasir #raikancinta #fyp
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa suka dengan nyanyian Datuk M. Nasir dan memuji caranya membawa lagu ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Weh sedap g1la walaupun Datuk M. Nasir nyanyi santai saja.. Ulang2 aku tengok video ni.. Bestnya dapat dengar live Datuk nyanyi.. “
” Apehal tak pernahΒ tak best Dato’ M Nasir nyanyi.. Huhu padu ar bila otai nyanyi.. Relax ja dia nyanyi.. Part tarik tu memang slumber arr.. “
” Legend dan lagu2 kekal evergreen dgn bahasa puitis.. Antara lagu rock yg masuk dalam jiwa.. Tak pernah rasa jemu dengar.. “
” Kalau penciptanya yang menyanyikan nye memang paduuuuuu.. Best sangatΒ dengar Dato M Nasir bawa caranya yang tersendiri.. “
” Menyampah aku tengok M Nasir ni.. Menyanyi bersahaja je tp aura dia pehh.. Aku kt karoke jamban separuh nyawa nyanyi.. “
” Sifu dgn cara tersendiri.. Lain dari yang lain.. Padu.. Saya antara yang membesar dengan lagu-lagu hasil karya M. Nasir.. Best.. “
” Kita pun ada di sana touched lagu ini dan legend M Nasir nyanyi mendayu2.. Lagu ni betul2 mengimbau kenangan lah.. “
Patut lah ramai yang memuji, padu sungguh suara Datuk M. Nasir nyanyi lagu Tiara. Selain lagu Tiara, Dato’ M. Nasir turut mendendangkan lagu ‘ Suatu Masa’ dan lagu ini juga membuat para penonton yang hadir tersentuh. Semoga Datuk M. Nasir terus maju jaya dalam bidang seni suara serta segala urusan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok leftyarte, IG mnasirmohamed
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen