Artis / Selebriti
” Weh first time nampak Dato’ ketakutan. Macam misteri nusantara reaksi wajah Dato’ tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Datin Shahida menyoal Dato’ Aliff Syukri untuk memilih antara dirinya dan beberapa selebriti wanita lain buat warganet terhibur. Terketar-ketar Dato’ Aliff nak menjawab, takut betul Dato’ Aliff. Rupa-rupanya ada plot twist, kelakar betul, haha..
Pasangan Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida antara pasangan yang dikenali ramai. Kedua-duanya sangat aktif di media sosial dan masing-masing ada cara tersendiri untuk mempromosikan produk-produk keluaran syarikat mereka kepada orang ramai menerusi platform media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Shahida menyoal Dato’ Aliff. Bermain satu permainan, Dato’ Aliff diberikan beberapa soalan yang mana dalam setiap soalan, Dato’ Aliff perlu memilih hanya satu nama.
Setiap soalan, pilihan utamanya isteri (Datin Shahida) dan seorang nama selebriti wanita dalam negara. Warganet terhibur melihat cara Dato’ Aliff menjawab soalan-soalan daripada Datin Shahida itu. Antara selebriti yang disebut adalah Nora Danish, Bella Astillah dan Uqasha Senrose.

Semuanya dijawab isteri oleh Dato’ Aliff dalam reaksi wajah yang cemas dan ketakutan. Rupa-rupanya ada plot twist dalam permainan ini. Terhibur warganet dengan gelagat Dato’ Aliff dan Datin Shahida itu. Bak kata Datin Shahida, berani lah papa menyebut nama wanita lain selain isteri, ada habuannya nanti.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 26 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Muka Dato’ dh ketakutan dh tu.. rupa rupanya Isteri dh standby pegang penyapu dh.. adoiii hahaha.. “
” Weh first time nampak dato macam ketakutan hahah.. menang lah datin kali ni.. nmpk ketara wajah muka berdekih sy gelak haha. macam kena ugut pun ada.. “
” Dato sila kelip mata 3 kali kalau nak pertolongan hahah.. Dh agak dh, mata sgt subtitles sgt tgh pandang Datin jwb soklan.. “
” Patut la muka macam takut haha.. takut bini juga dato ni hehe.. 100 soklan pun tetap jwpn dato, isteri.. lucu lah mama papa ni.. “
” Macam misteri nusantara reaksi wajah dato tu. ermmm tahu takut haha.. baru pertama kali nampak dato’ ketakutan. selalu jawab penuh confident.. “
” Tak berkelip mata papa, tau takut haha.. muka dato clear subtitles kali ni hehehe.. muka tu takut betul tu haha, berdekah ketawa tengok.. “
” Itu memang betul² muka ketakutan dato haha.. tak payah senjata tajam, penyapu pun boleh buat dato ketar-ketir.. “
Kelakar melihat wajah Dato’ Aliff yang kelihatan takut setiap kali memberikan jawapan itu. Apa-apa pun, ia hanyalah content dan hiburan semata-mata daripada Dato’ Aliff dan Datin Shahida. Semoga rumahtangga pasangan ini kekal aman dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida Dherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

