Artis / Selebriti
” Watie ibu sambung dari syurga buat anak-anak Shuib. Shuib tak salah pilih.. ” – Komen Netizen
Shuib Sepahtu kongsi video throwback sebelum Watie bergelar mummy kepada anak-anaknya buat ramai tersentuh. Wah humble sungguh Watie, rumah orang pun buat kerja macam kat rumah sendiri. Pandai bawa diri..
23 Jun 2023 merupakan tarikh keramat untuk Watie Hanifiah apabila dirinya sah bergelar isteri kepada Shuib Sepahtu. Termeterainya ijab dan qabul, maka rasminya Watie bergelar mummy kepada 4 orang anak Shuib dan arwah Siti Sarah Raissuddin.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan gelagat Watie ketika berada di kampung Shuib. Video ini dirakamkan ketika mereka masih dalam proses mengenali hati budi.
Watie langsung tidak kekok berada di rumah kampung yang serba sederhana. Keikhlasan dan ketulusan hati Watie dapat dilihat dari sikapnya menyantuni Shuib dan anak-anak. Ramai di kalangan warganet yang memuji cara Watie membawa diri dan memenangi hati anak-anak Shuib.

Coret Shuib di kapsyennya, daripada Auntie kepada mummy, daripada cinta kepada kasih sayang, kehadiran Watie membahagiakan hidup Shuib dan anak-anak. Watie memberikan kasih sayang yang ikhlas untuk mereka sekeluarga. Watie sememangnya jodoh terbaik untuk Shuib.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kalau nk tgk seorg tu okay x okay hidup susah tgk dia berjengkek x berjalan dlm rumah lama mcm ni… Kalau steady pijak mcm biasa confirm dia terbaik.. “
” Shuib xsalah pilih.. she’s the best.. Happy Bufday mummy iamwatie semoga dipermudahkan urusan kelahiran nanti.. InsyaAllah aamiin.. “
” Watie ibu sambung dari Syurga buat anak-anak saudara shuibsepahtu . Hadir dengan kasih, menyambung amanah. Semoga Allah merahmati, mengurniakan kesihatan dan kebahagiaan, serta mempermudahkan kelahiran yang dinanti. Happy Birthday, Watie.. “
” Watie ni kann rajin plus dy bleh dimana sja… Mommy syg iamwatie Happy birthday to u.. Moga diberikan kesihatan yg baik utk terus memberikan kasih syg buat ank² tersyg.. “
” Happy birthday watie.. love ur vibes.. MashaAllah tabarakallah.. moga sntiasa pnjang usia.. murah rezeki.. semoga yg baik2 utk Watie dan Shuib sekeluarga.. “
” Watie mmg baik…. xmemilih rumah pn…selesa d mne2 shj…tq kak watie bg ksh syg kpd ank2 arwah.. Sampai sini terharu semoga momy watie sihat selalu dan bahagia.. “
” Happy birthday waty ,wanita,istri,ibu smg wanita baik ini terus dlm Lindungan rahmatNya Dan smg dipermudahkanNya segala urusan dunia akhirat Aamiin Allahumma Aamiin.. “
Kebaikan Watie dan penerimaannya terhadap Shuib dan anak-anak seadanya wajar dipuji. Watie merupakan ibu sambung yang membuktikan tidak semua ibu tiri itu jahat dan tidak elok perangainya. Selamat hari lahir Watie dan semoga Watie dipermudahkan untuk bersalin nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen

