Artis / Selebriti
” Walaupun ditakdirkan in future kita berdua.. ” – Fazura
Video ucapan Fazura buat anaknya, Nur Fatima Aisya pada masa hadapan undang sebak ramai orang. Sebaknya dengar kata-kata Fazura, sangat menyentuh hati..
Meninjau ke akaun Instagram HotFM, perkongsian sebuah video yang memaparkan Fazura memberi ucapan pada masa hadapan buat anaknya Nur Fatima Aisya undang sebak ramai orang. Ada kalanya, kata-kata seorang ibu bukan sekadar nasihat tetapi doa yang disimpan untuk masa depan anaknya.
Itulah yang dapat dirasai apabila pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal Nur Fazura menyampaikan ucapan penuh kasih buat puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya. Menerusi satu temubual santai di rancangan Bekpes Hot di Radio Hot FM, Fazura berkongsi pesanan yang begitu menyentuh hati.
Ia seolah-olah sebuah surat untuk anaknya yang mungkin hanya benar-benar difahami apabila Fatima dewasa kelak.
Dengan nada yang penuh emosi, Fazura turut menyatakan bahawa segala usaha yang dilakukan hari ini adalah demi masa depan anaknya.

Setiap kerja keras, pengorbanan dan doa adalah hadiah yang ingin ditinggalkan untuk Fatima. Walaupun Fatima mungkin masih terlalu kecil untuk memahami kata-kata tersebut sekarang, pesanan itu seakan-akan sebuah kapsul masa, sesuatu yang akan terus hidup dan memberi makna apabila Fatima dewasa nanti.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang berasa tersentuh dengan ucapan Fazura. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Pagi td dgr lagu fatima dgn mummy dia comel sgt. moga sentiasa dlm lindunganNya, Hmmm sedih nyaa I love you Kak missfazura you are strong mom. . “
” The strength she has shown after everything she and her daughter have endured is truly inspiring. I will be a Walafaz forever.. “
” Thank you Hot FM sentiasa berbuat baik & berpihak dekat missfazura , Siapa potong bawang ni? Part ni kite plak rasa nak nangis dgr ucapan mummy utk fatima.. “
” Selalu bersama dan bahagia faz dan yamma dunia tilljannah aamiin ya Allah ya Rabb kunfayakun .. Moga berjaya dunia akhirat aminn dua 2 mommy n fatimah.. “
” Kdg2 lupa fatima ni ada ayah patah amin.. Dok rasa dia ada mak ja.. Mak mesti doa diberikan kesihatan baik utk jaga anak.. saya begitulah doa utk anak syurgaku.. “
” Bile dgr faz bg ucapan automatik teringat semua tohmahan jahat kt fatima dan faz semoga yg berkata buruk tu xkn berbalik katenye pade diri sndiri ..terus ke dpn faz dan fatima .. “
” Vdeo fatima bila mommy gosok belakang diaa masih segar dalam ingatan vdeo tu berlaku bila, we love you fatima.. Sebaknyaa ucapan mummy untuk Fatima.. “
Tidak hairanlah ramai yang turut tersentuh mendengar perkongsian tersebut. Kata-kata seorang ibu memang selalunya sederhana, tetapi sarat dengan kasih sayang yang tiada penghujung. Kadang-kadang, hanya satu ucapan dari seorang ibu sudah cukup membuatkan hati yang mendengar menjadi sebak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen

