Artis / Selebriti
” Wah sedapnya suara Eshaal, pelapis mummy dan daddy ni.. ” – Netizen
Video Persembahan Stacy Dan Anaknya, Eshaal Di Majlis Iftar Raih Pujian Ramai. Wah Sedapnya Suara Eshaal. Pandai Menyanyi Macam Mummy Dan Daddy Juga, Siap Menari Atas Pentas. Ending Tu Bukan Main, Kelas Lah Eshaal !!
Perkahwinan Stacy dan Akim Ahmad menganugerahkan mereka beberapa orang anak antaranya Eshaal. Bagi yang mengikuti Stacy dan Akim pastinya sudah tahu gelagat Eshaal ketika berada di rumah. Pencinta muzik sama seperti daddy dan mommynya, Eshaal mula menunjukkan bakat nyanyiannya kepada umum sejak kecil lagi.
Meninjau akaun Tik Tok Magica Events, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Stacy dan Eshaal membuat persembahan di sebuah majlis Iftar. Rasanya ini kali pertama warganet melihat Eshaal menyanyi di hadapan ramai orang sebegini.
Mengambil mood raya, Eshaal dan Stacy menyampaikan lagu Suasana Hari Raya. Sebaik sahaja Eshaal membuka mulut, riuh rendah sorakan daripada semua yang ada di dalam dewan. Merdu sungguh suara Eshaal, lunak seperti mommy dan daddynya juga.

Walaupun Eshaal tidak menghafal lirik dan menyanyi sambil melihat lirik di handphone, nyanyian Eshaal tetap menghiburkan semua. Eshaal turut menari-nari di atas pentas, aura seorang penghibur sudah nampak pada diri Eshaal. Kecil kecil cili padi, Eshaal sememangnya seorang yang berbakat.
Jom tonton video di bawah :
@magicaevents Lagu raya dari Stacy & Eshaal 😍🔥🙈 Majlis Iftar di Magica KL✨ #magicaevents #ForYou #ForYouPage #weddingvenue #eventvenue #kahwin #weddingdress #bajukahwin #photography #content #stacy #akimstacy
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sepatut nya apa weh, aku pn jd lupa lirik tu hahaha.. Memang dar4h keturunan penyanyi. Hebat Eshaal.. ”
” Sedapnya suara Eshaal.. ndui ba.. klu jg mmg mmy ddy pnyanyii kmna jg tumpahnya bakat klu ndk sma anak.. tbaik eshaal.. ”
” Pelapis mummy dengan daddy ni.. Stacy buat la lagu kanak-kanak untuk Eshaal. Suara Eshaal tu boleh pergi jauh, best dengar.. ”
” hebat nya anak akim and stacy ni. C eshaal mmg sdap suara, slalu mnyanyi d ig mummy dia. Kdg lagu bapa dia yg dia nyanyi.. ”
” Bestnya duet anak beranak, sangat berbakat.. Eshaal nyanyi suara best, comel je joget tu Eshaal.. ”
” Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.. best gila suara Eshaal ni. memang mewarisi eh bakat hebat mak ayahnya tu.. ”
” Wah suara Eshaal boleh tahan, sedap dengar. Eshaal pun ada bakat menyanyi yang bagus ni.. ”
Padu sungguh gabungan suara Eshaal dan Stacy, seronok warganet melihat Eshaal menyanyi. Eshaal nampak enjoy sahaja walaupun ada drama di atas pentas itu. Ada juga yang meminta Stacy membuatkan lagu kanak-kanak untuk Eshaal. Apabila besar nanti, tentu Eshaal akan menjadi pelapis mummy dan daddy.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Magica Events
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Makin masuk air Kamal ni. Nekan sangat dekat tekak bunyi Anuar Zain tu ek, sama sebijik.. ” – Komen Netizen

