Connect with us

Artis / Selebriti

” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen

Video Shuib Sepahtu dan Thalita mengumumkan nama baby yang baru lahir curi perhatian warganet. Wah nama nak sama dengan Thalita lah. Cantik sangat nama baby, senang nak ingat.. 

Watie Hanifiah telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan petang semalam di sebuah pusat perubatan swasta Damansara, Selangor. Shuib Sepahtu sendiri memaklumkan berita gembira itu di akaun media sosial miliknya. Kelahiran si kecil ini sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh keluarga terutamanya Thalita.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Eynn dan Watie.shuib7, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Thalita sendiri memaklumkan kepada orang ramai nama yang telah disepakati oleh mereka semua untuk ahli keluarga baru itu.

Shuib dan Watie memiliki awalan huruf AJZ untuk anak mereka itu. Memandangkan bayinya perempuan, nama yang diberikan ada sedikit persamaan dengan nama Thalita. Menerusi video ini, Thalita kelihatan gembira dan dengan bangganya menyebut nama adiknya itu.

Warganet juga memuji nama anak Shuib dan Watie iaitu Akira Juwita Zahra. Nama yang cantik dan mudah untuk diingati. Sebagaimana sunah yang disarankan agama Islam, nama yang indah dan mempunyai makna yang baik dipilih untuk si kecil ini.

Jom tonton video di bawah :

@eyyn_nah

Nama pun sama dh ngn tata😍 D’zakira thalita zahra💕 Akira juwita zahra💕 #artis #fyp #trending #viral #masukberanda @tatatintun

♬ original sound – eynn – eynn

@watie.shuib7

#watiehanifiah #shuibsepahtu #fyp #foryoupage

♬ Menamakanmu Cinta – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Ade Govinda

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Wah sedapnya nama adik Thalita ni.. happy lah thalita dah ada geng dalam rumah lepas ni.. tahniah Shuib dan Watie.. “

” Saya tolong jawabkan untuk awak tau “my name is Dzakira thalita zahra nama baby baru akira juwita zahra” itulah yg dia ckp.. “

” Alhamdulillah.. cute nama baby nak sama dengan nama dekta. seronok dekta ada adik perempuan.. mesti nama pun dekta yang bagi ni.. “

” Nama Baby sama comel dengan dekta.. Alhamdulillah, akhirnya impian dekta nak ada adik gegurl Allah makbulkan.. “

” Akira:buah hati juwita:kekasih comel je nama dia.. Alhmdulillah tahniah shuib dn wati… Welcome baby Akira juwita.. “

” Sedap namanya, senang nak sebut tak berbelit.. semoga baby dan Watie sihat selalu.. kakak thalita ada geng dah, alhamdulillah.. “

” Alhamdulillah.. mummy selamat bersalin. AKIRA JUWITA comellllNYAAA nama baby GIRL. selamat berpantang mummy.. “

” Sweet je nama baby baru Shuib ni.. hampir sama nama Thalita.. senang nak ingat.. nama yang indah dan elok maksudnya.. slmt datang baby Akira Juwita Zahra semoga menjadi anak solehah kpd mommy dan daddy.. “

Nama yang indah untuk si kecil yang bakal menyerikan lagi rumah Shuib dan Watie. Semoga baby Akira Juwita Zahra membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah, anak yang membanggakan mummy dan daddy serta seluruh keluarga apabila dewasa kelak, Insha Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Eynn, Tiktok Watie.shuib7   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Mate Fit

Trending

Copyright © Berita Kopak