Artis / Selebriti
” Wah ingat anak mat saleh mana lah tadi. Dah berubah wajah Arrian.. ” – Komen Netizen

Tomok kongsi video anak sulungnya, Arrian menyanyi lagu New Heart curi perhatian peminat. Wah lama tak tengok Arrian, nampak lain sangat. Makin handsome, suara pun sedap. Tapi gaya tu dah macam nak berpidato je Arrian, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Tomok, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak sulung Tomok, Arrian Shah Akid menyanyikan dendangan asal Crush Adam berjudul New Heart. Arrian yang sudah pun menginjak fasa remaja ini kini berusia 13 tahun.
Arrian memakai baju show Tomok dan kata Tomok, Arrian sudah muat baju-baju ayah. Agak lama tidak melihat Arrian, ramai yang teruja melihat perubahan pada Arrian. Ketinggiannya semakin bertambah, wajah yang dahulunya comel kini semakin handsome.
Nyanyian Arrian itu turut diserikan dengan penari latar, Andra dan Khadijah yang lincah di belakang. Kata Tomok, sekiranya Arrian memasuki program realiti Talk To My Manager, tentu minggu pertama lagi Arrian sudah terkeluar. Namun itu hanya lah gurauan Tomok kerana Arrian ada suara yang bagus.
Seronok warganet mendengar Arrian menyanyi, namun gayanya yang seakan ingin berpidato mencuit hati. Andra pula ada sahaja akalnya untuk mengusik Arrian menyanyi. Anak nombor 2 selalunya begitu, nakal dan happy go lucky. Arrian juga tergelak dengan perangai Andra.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Eehhhhh yang penari latar tuuuuuu……. geram sis tengokk si Andra tu.. hilang concentration Arrian.. next season boleh masuk TTMM ni.. makin besar makin handsome Arrian ni.. “
” Dah besar Arrian, handsome dah tinggi dia.. penerus legasi ayahnya.. sihat selalu anak anak soleh ayah.. Kenapa rasa cepatnya tinggi Arrian ni.. “
” Nyanyi ke pidato tu Arrian.. besar dah Arrian.. kami tunggu dia tahun depan masuk TTMM.. Vibes macam anak orang Turkey weii.. “
” Wah ingat anak mat saleh mana lah tadi. Dah berubah wajah Arrian, makin tinggi nak jadi remaja dah Arrian.. season 2 Talk To My Manager confirm.. “
” Wait a minute….. auntie ingat anak Mat Salleh mana dah tadi, masyaAllah… handsome sangat anak ayah ni. yang si adik tu cheeky betul dekat belakang.. “
” Andra main peranan betul.. sedap lah Arrian nyanyi.. nanti kalau masuk season 2 TTMM, latih Arrian elok-elok.. boleh ni.. “
” Besar dah ayam guring ni.. tengok sekali Imbas macam Cha Eun woo pula.. Crash Adams kena tengok video ni.. best Arrian nyanyi.. bakat ayah menurun.. “
” Lagi satu mesti anak nombor 2.. macam tu lah peel anak nombor 2.. Dlu suka tgk telatah arrian kecik2, tahu2 dh bsr dh . Aunty pon ada mini aryan bru 6bln.. “
Bukan main lagi dua beradik ini membuat show di rumah. Kaki sakat betul Andra sampai hilang tumpuan Arrian gara-gara usikan Andra itu. Apa-apa pun, Arrian ada bakat menyanyi dan sekiranya terpilih untuk TTMM musim 2, pasti Arrian boleh lakukan yang terbaik.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tomok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Asyik nak berpickupline 24 jam je Bella, YB pun macam dah malas nak melayan.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Guru sekolah sendiri menyebarkan spekulasi. Sungguh saya sedih mendengarnya.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Last-last bantai juga joget, terkejut cikgu. Ami lagi terkejut.. ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Padan muka haters, pandai-pandai cakap YB muak. Ambik kamu, dengar jawapan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Siapa cakap suara Thalita tak sedap, meremang oii. Part kepala dengan muncung bibir tu sebijik Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku rasa aku dah garang dengan anak, rupanya Cess lagi garang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel Aafiyah malu-malu. Afwa tu macam mana boleh behave ye, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad buat macam lagu sendiri dah. Sempoi dan selamba jer dia tarik suara.. ” – Komen Netizen