Connect with us

Artis / Selebriti

” Wah, dah besar anak Stacy dan Akim tu. Eshaal sebiji muka Akim.. ” – Komen Netizen

Gambar-gambar hari raya Akim dan Stacy bersama anak-anak raih perhatian ramai. Wah, Eshaal dah besar, sebijik macam muka Akim..

Meninjau ke akaun Instagram Beyshal, perkongsian beberapa keping gambar Eshaal dan Bella di pagi hari raya Aidilfitri telah meraih perhatian ramai. Eshaal merupakan anak sulung Akim dan Stacy, manakala Bella merupakan anak angkat Stacy yang dijaga oleh Stacy sejak dari kecil.

Apa yang paling menarik perhatian netizen ialah penampilan Eshaal yang semakin membesar. Ramai yang teruja melihat wajahnya yang dikatakan “copy paste” seperti ayahnya, Akim. Memang sangat seiras. Bella juga tidak kurang cantik dan anggun.

Dalam gambar tersebut, mereka sekeluarga tampil sedondon mengenakan pakaian berwarna merah dan maroon, menyerlahkan lagi suasana ceria dan kemeriahan di pagi raya. Gaya santai tetapi elegan keluarga ini turut mendapat pujian ramai, selain hubungan kekeluargaan mereka yang jelas penuh kasih sayang.

Perkongsian gambar-gambar ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Momen indah seperti ini bukan sahaja menggambarkan kemeriahan sambutan raya, malah turut mempamerkan nilai kekeluargaan, kasih sayang dan kebersamaan yang menjadi inti pati sebenar Hari Raya Aidilfitri.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Dua² cute SELAMAT HARI RAYA .. Wah da besar anak stacy dan akim tu lawa nya dia.. Si eshaal bha..sebiji muka bapa dia.. “

” Salam lebaran  2 mini stacy. Selamat hari raya Kimcy family, maaf zahir dan batin .. Makin MENYALAAAA ehhh mmg Mega Chingggg.. “

” Lamanya tak tgk  Selamat Hari Rayaaaa .. Happy bahagiaa selalu. Beyya makin cantik owhhh. Sumandak sdh beyya sama eshaal.. “

” Laaa dara dah. Dlu suka tngok MV gila by stacy. Cute.. Selamat hari raya semoga bahagia selalu di samping keluarga..”

” Akim dan Stacy. Salam Syawal buat akim sekeluarga.. semoga raya tahun ini membawa sejuta rahmat dan kebahagiaan.. Aamiin.. “

” Akim versi Beyshal, Eeshal dah besarr. comelnya. Soooo good to see you both even for awhile tadi. Selamat Hari Raya guys. I am lemau now.. “

” Selamat Hari Raya, Sumandak sudah dorg..nda sedar bah. Cantik baa sumandak Stacy Akim ani. Twin c akım bha ne c esyal.. “

Semoga kebahagiaan yang terpancar daripada keluarga Stacy Anam ini terus berkekalan. Moga anak-anak yang membesar dalam penuh kasih sayang ini sentiasa dilindungi, dikurniakan kesihatan yang baik serta menjadi insan yang berjaya dan berakhlak mulia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Beyshal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak