Artis / Selebriti
” Versi tersedap pernah dengar, best sangat. Suara lantang, takde semp0t langsung.. ” – Netizen

Video Amir The Chosen One Menyanyi Lagu Haruman Terindah Di MeleT0P Buat Ramai Tersentuh. Alahai Amir, Menyanyi Live Pun Padu. Smooth Je Dengar Menyanyi Part Tinggi Tu. Menusuk Ke Kalbu, Nangis Weh !!
Semalam finalis rancangan The Chosen One iaitu Amir, Khalyn, Dayana dan Erika telah pun diundang ke studio MeleT0P. Keempat-empat peserta ini adalah yang terpilih daripada ratusan orang yang mencuba nasib dan berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir.
Meninjau akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Amir, Khalyn, Dayana dan Erika ketika mempersembahkan nyanyian mereka. Menyanyi secara live di hadapan penonton, videi nyanyian mereka ini mendapat perhatian ramai.
Amir adalah tumpuan utama dan ramai yang ternanti-nantikan persembahan Amir. Khalyn, Dayana dan Erika bergabung suara menyampaikan lagu A Million Dreams. Manakala Amir pula mendendangkan secara solo lagu Haruman Terindah, nyanyian asal Lokman Naufal.
Menusuk ke kalbu dan menyentuh perasaan, itu yang dapat digambarkan dengan kata-kata ketika mendengar suara Amir. Suara Amir tidak dinafikan sangat sesuai membawakan genre lagu seperti ini. Walaupun lagu ini tinggi dan memerlukan vokal yang padu, Amir berjaya menyanyi dengan sempurna.
Jom baca perkongsian di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aa memang tak boleh dengar Amir nyanyi.. Auto sebak.. Amir menyanyi je buat semua orang mnang1s la.. ”
” Tiada yg menarik dari perserta prempuan, suara biasa ajeeee, kecuali amir suara ada kelainan sedikit… mungkin anugerah dari Allah.. ”
” Suara adik amir memang anugerah Allah swt. Auto menangis dgr suara adik amir menyanyi.. Masyaallah.. sedapnya.. entah bpe kali ulang dn terus ulang.. Amir.. Amir.. ”
” Hari ni best.. rasa macam lama sikit Amir nyanyi.. sampai ke hati Amir bawa Lagu ni.. sama mcm PU Naufal… nampak biasa tp auranya luar biasa.. ”
” Lagu apa pun amir bawa pasti nak tengok dua 3 kali.. semoga amir berjaya dalam semua yang diceburi.. ”
” Terbaik amir .. haruman terindah yang ditunggu-tunggu.. apa yang bole saya cakap terbaik… permata yang akan bersinar… memang aura kuat amir.. ”
” Versi tersedap acik dengarrr.. amir ni nynyi mcm xbuka mulut tp tersentuh hati bila amir start nyanyi.. ”
” Alhamdulillah.. trm kasih amir berusaha hafal lagu ni bg hadiah pd kami semua.. best sangat, suara lantang takde semput langsung.. ”
Suara yang lemak merdu dan menyentuh hati, mana lah semua orang tak jatuh hati pada suara Amir ni. Walau buka mulut sikit sahaja pun, suara tetap power. Lagu yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Amir. Semoga Amir terus maju jaya dan cemerlang dalam pelajaran.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG MeleT0P, Youtube MeleT0P
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen