Artis / Selebriti
” Untuk naik pelamin, ibu saya sangat protective.. ” – YB Syed Saddiq

Video Geng Bekpes Hot menyakat YB Syed Saddiq mengenai hubungannya dengan Bella Astillah raih perhatian ramai. Alamak yang last tu macam YB Saddiq yang bagi hint sesuatu lah, sampai Fafau suruh lock, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Hot FM, telah dikongsikan video yang memaparkan geng Bekpes Hot iaitu Fara Fauzana, AG dan Johan menelefon YB Syed Saddiq. Menerusi video pertama, Fara atau Fafau bertanya kepada YB Saddiq tentang video membawa Bella Astillah dan anaknya, Ayden ke Parlimen baru-baru ini.
YB Saddiq menyifatkaan Ayden seorang anak yang bijak. Meskipun Ayden masih kecil lagi, namun Ayden mempunyai pandangan yang jauh. Sementara itu, Fafau sempat menyakat bila YB Saddiq akan membawanya ke Parlimen seperti YB Saddiq membawa Bella.
Manakala video kedua pula memaparkan Johan, AG dan Fafau bertanya mengenai video live abang dan ibu YB Saddiq yang mengatakan YB Saddiq sanggup berenang untuk Bella setelah menonton video mereka baru-baru ini. Kata YB Saddiq, sekiranya ibunya menyuruh berenang sejauh 10 km pun dia juga sanggup lakukan.
Selepas itu, sempat Johan dan AG menyakat jika ibu YB Saddiq menyuruh dirinya berkahwin, adakah YB Saddiq akan bersetuju. Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang berharap agar hubungan YB Saddiq dan Bella akan ke jinjang pelamin.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai dan terhibur dengan perkongsian video-video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” YB bagi tau awal2 tema warna ape kami nak prepa baju warna tema ikut negeri, senang nak cam Dtg dr mana, hahaha.. Kami sangat bersemangat ni.. “
” Dah kalau YB tesenyum2 tu makna betul… Yang kami ni dok tsengeh senyum mcm org tak betul ni cmana.. Haha, pls YB jangan tunggu lama2.. “
” Kasi lock la YB. Letih la melting hari2 tgok kome dua ni. Ai dlu becinta pun takde feeling ceni tauu. Hahaha, teruk sangat dah ni, hehe.. “
” Dorang yang bercinta, kita yang sesak nafas hari2.. Tu tak kira senyum sorang2 dah macam orang gila, hahaa.. Kasi lock YB.. “
” Awchhhh, dorang bercinta aq plk yg angau ni.. MasyaAllah satu keja aq takleh nk bt ni… Dudk rmh dtg office dlm kepala dok tringat dkt dorang 2 ni je.. “
” Lock jelah YB.. Kami netizen ni tak larat senyum dah buka socmed.. Semoga berjodoh mereka berdua di bulan puasa doa mustajab.. “
” Dh di aturkan… Rahsia… Lain mcm ek. Kepala otak aku ni fikir dia nk beraya ngn Bella. Dn nk bwk Bella jmpe mak dia beraya sekali di Muar.. Blh bncg sekali hal kawin. Dh jauh dh ni otak aku berfikir.. “
Sempat lagi Fafau menyakat menyuruh YB Saddiq sebut ‘lock’. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat YB Saddiq dan Bella, mana tahu suatu hari nanti pasangan ini betul-betul naik pelamin. Kalau lah benar ianya akan terjadi, ramai lah yang tumpang gembira dan bahagia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976, primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahun lepas, setelah abang Fattah ni single kan, kita belum start dah blushing.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gedik-gedik dia menari tu menjadi, sebijik gedik Sarah. Tak semput suara, syok tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Abang yang tengah taip ni ke.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Memang sengal lah yang kaitkan lagi Ina dengan Mawi. Ina ni dari dulu jiwa kental.. ” – Komen Netizen