Artis / Selebriti
” Ulang-ulang kali saya dengar, sedap halwa telinga dengar Dato’ mengaji.. ” – Komen Netizen
Video bacaan hafazan surah Maryam oleh Dato’ Seri Vida raih perhatian ramai. Alahai sedapnya suara Dato’ Vida mengaji, tenang je dengar..
Nama jutawan kosmetik, Dato’ Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida bukan lagi asing dalam industri perniagaan. Terkenal dengan gaya serta penampilan unik dan suara gelak yang besar, kejayaan figura ini sering menjadi inspirasi ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik DS Vida, telah dikongsikan video yang memaparkan DS Vida sedang membaca ayat hafazan surah Maryam ayat 30-34. Menerusi video itu, DS Vida membaca surah tersebut dengan lancar dan alunan bacaan DS Vida sedap didengar.
Manakala di ruangan kapsyen pula, DS Vida meminta warganet untuk berkongsi dan menjadikan bacaan surah Maryam ini sebagai amalan. Perkongsian video tersebut juga telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji bacaan DS Vida serta mengatakan suara DS Vida merdu ketika mengaji.

Selain itu, ada yang menyifatkan amalan yang dilakukan oleh DS Vida ini antara perkara yang membuatkan DS Vida sentiasa dimurahkan rezeki. Sehingga kini, video DS Vida membaca surah Maryam tersebut telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ulang-ulang kali saya dengar, sedap halwa telinga dengar Dato’ mengaji.. Terbaik lah Dato.. Mesti Dato’ ni dah banyak surah boleh hafal.. “
” Subhanallah…Respek DSV… Bangga dgn Usahawanita Kelate.. Semoga segala urusan DSV sentiasa dipermudahkan, saya doakan.. “
“Masyaallah tabarakallah keren sedap suara dato.. Semoga dato sihat sentasa dan d payungi Rahmat Allah.. Suka tengok tengok video dato.. “
” Alhamdulillahhhhh…. Masya Allah, MasyaAllah sdap suara Dato’ Vida.. Jadi sayu ja rasa hati ni dengar bacaan Dato’ Vida.. ”
” Merdunya suara DSV mengaji.. Suka betul saya dengar suara DSV.. Patut lah DSV murah rezeki selalu.. Rupanya suka mengaji.. “
” Alhamdulillah. Dato Seri Vida mmg org yg tenang dan kuat walau apapun ujian melanda. Semoga Allah terangkan hati dan mudahkan lisan kami utk menghafal.. “
” Love her voice masya Allah.. Saya kagum dgn Dato boleh hafal surah².. Doakan saya juga boleh buat macam Dato.. Tahniah Dato.. “
Lancar sungguh bacaan surah Maryam oleh DS Vida, patut lah ramai yang memuji dan menyukai bacaannya. Semoga perkongsian oleh DS Vida ini dapat memberikan manfaat buat kita semua supaya turut mengamalkannya. Semoga dipermudahkan juga urusan Dato’ Vida.

Silakan SHARE..
Sumber : IG datoserivida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen

