Connect with us

Artis / Selebriti

” Tu mesti menjawab tu. Tu sebab Mak Semah nak cepuk jer, haha..” – Komen Netizen

Video gelagat Erma Fatima bersalaman dengan ibunya, Mak Semah sebelum pergi outstation buat ramai terhibur. Pasrah je Erma kena bebel dengan Mak Semah. Dah tua pun kalau menjawab, tetap kena hempuk juga kan, haha.. 

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Datin Seri Umie Aida, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah kakaknya, Erma Fatima bersama ibu mereka iaitu Mak Semah. Menerusi video itu, Umie merakamkan saat Erma bersalaman dengna Mak Semah sebelum pergi outstation.

Tulis Umie pada ruangan video tersebut, Mak Semah ada memberikan pelbagai pesanan kepada Erma. Antaranya adalah Erma perlu menelefon Mak Semah apabila sudah sampai dan jika mahu keluar ke mana-mana serta dengan sesiapa Erma berjumpa, Erma juga perlu memberitahunya.

Bukan itu sahaja, Mak Semah menasihati Erma agar rehat dengan cukup dan jangan asyik bekerja sahaja. Telatah Erma bersalaman dengan ibunya telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat reaksi Mak Semah sedang beleter kepada Erma.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Umie ini telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Part Mak Semah hampir-hampir mahu mencepuk Erma kerana Erma membuat reaksi muka mencuit hati warganet.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Setuju sedewasa manapun anaknya, dimata ibu tetap seperti anak kecil. Sebab tu Erma kalau pergi mana dia kena update mak semah dan adik2nya.. “

”  Dah tua pun kalau menjawab, tetap kena hempok, haha.. Untung sgt mak masih ada, boleh lagi call n manja2 dgn mak. Yg penting minta mak doakan selalu.. “

” Macam newborn di buat nye.. Begitu lah makkk,  kasih sayangnya hingga smpai syurga.. Untung Erma, masih ada mak lagi.. “

” Sama cm mak kita… Dah beranak pinak pun duk ckp yg sama.. Semoga mak semah panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik. aamin ya rabbal al amin.. “

” Aahhhh samaaaa… Umo dh tua ni pun mak kita buat kita cam baby, macam2 dipesannya dah macam kita tak tahu apa2 lagi, ehehe.. “

” Kasih ibu .. Kdg2 dia lupa yg ank2 dia dh tua .. Tapi still pesan mcm2 bila ank2 nk blk atau nk kemana2 .. Ibarat mcm doa la.. “

” Betul tu.. Saye pun buat mcm tu.. Mak tetap makk…. Berjela pesann.. Sorry ank2 mama..  Tuu mesti menjawab tu.. Tu sbb mak semah nak cepukk jer.. “

Comel sungguh telatah dua beranak ini, tak kering gusi kalau melihat Erma menyakat Mak Semah. Begitu lah sifat seorang ibu, meskipun anaknya sudah dewasa, ibu masih menganggap anaknya seperti anak kecil dan kasih sayangnya terhadap anak-anak membawa sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG umieaida9

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Probiotic terbaik..
Bohemian Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak