Artis / Selebriti
” Trio Tut semua dah karat, lucunya Trio Tut tapi best. Berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
Video gelagat team Trio Mut vs Trio Tut Sinar menari lagu trending di Tiktok buat warganet terhibur. Lincah betul Hadie, Oddah dan Ammar menari. Sampai part Sharifah Shahirah, Hefny dan Falyq berdekah gelak. Lawak betul ‘tarian’ Shiera tu, haha..
Trio Mut Talk To My Manager, Hadie Elfardie, Ammar Haikal dan Oddah telah pun menjadi tetamu jemputan Sinar Petang baru-baru ini. Riuh rendah konti Sinar FM dengan kehadiran Trio Mut yang semakin menjadi sebutan dan kesayangan ramai itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram dan Tiktok Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Trio Mut beraksi melawan Trio Tut yang diwakili oleh penyampai Sinar Petang iaitu Sharifah Shahirah, Hefny dan Falyq. Ianya adalah perlawanan antara dua generasi yang berbeza.
Trio Mut memulakan dengan melakukan rentak tarian yang trending di Tiktok masa kini. Trio Mut sememangnya sudah mahir dan sering melakukan tarian ini bersama-sama. Keserasian antara Hadie, Ammar dan Oddah itu seronok dilihat dan mereka juga sekepala.

Giliran Trio Tut pula mengundang ketawa warganet. Awalnya seperti penuh keyakinan untuk melawan Trio Mut tetapi apabila muzik dimulakan, automatik menjadi lain rentak tarian mereka. Antara mereka bertiga, Shiera yang paling kelakar dan menggeletek hati warganet.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha Trio Mut 30 tahun kemudian.. suka tengok mak oddah , jenis support je anak dia . hahah tak kisah anak dia nak buat tt ke ape ke . dia bagi anak dia enjoy zaman remaja anak dia heheh . lurve nyah.. “
” Gambaran Trio Mt 30 tahun lagi.. turn odaa trio…happy time shiera.. macam2 hal huhu.. smart step Oddah dance.. “
” Trio Tut semua dah karat haha.. lucunya trio tut tapi best.. mengelat tiro lanjut usia ni haha.. mengekek weh. adoilah, tengok banyak kali pulak tu.. “
” Sakit pinggang pakat tak masuk konti haha.. Tengok Trio mut happy happy je.. tengok rara terus aku ketawa berdekah.. berbunyi bunyi haa tulang hahaha.. “
” Trio 30 sakit abis badan, especially lutut.. trio mas ni, warga emas haha.. kelakar Shiera ni.. tak nak kalah dengan triomut penyudahnya kruk krak kruk krak semua haha.. “
” Berdekah aku gelak.. baru nak join dah patah pinggang masing-masing.. berderap derap tulang masing-masing.. ok….dah boleh pass baton kepada genZ.. “
” Lepas joget jgn lupa sapu yokoyoko ys trio 30 haha.. yang tengah tu tangkap pinggang ke haha.. tolong tolong.. aku yang tak leh benti ketawa tengok perangai masing-masing.. “
Sporting sungguh masing-masing, team Trio Tut memang paling lawak. Habis bergegar segala tulang ingin mengikut rentak tari Trio Mut. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menonton video mereka itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti3 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen


