Connect with us

Artis / Selebriti

” Tokti versi Elina sebelum cerai, Nadeera versi Elina lepas cerai.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza cover penuh lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita buat ramai teruja. Alahai Tokti, bukan main lenggok dan gemersik sangat suara tu. Sedapnya versi Tokti..

Sebelum ini, biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pernah menyanyikan beberapa rangkap lagu popular Nadeera Zaini, Bukan Lagi Kita dan ramai yang meminta versi penuh kerana tidak puas mendengar lagu tersebut dalam versi DS Siti.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Xtra, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live DS Siti semalam. Ramai yang meminta untuk DS Siti menyanyikan kembali Nadeera. DS Siti mencabar semua viewers untuk memberikannya 10 juta likes, baru lah dia akan menyanyikan lagu tersebut.

Cabaran daripada DS Siti itu disambut oleh semua dan jumlah likes mencecah 16 juta likes. Menerusi video ini, DS Siti cuba menyanyikan yang terbaik kerana DS Siti belum menghafal sepenuhnya lirik lagu tersebut. Sambil melihat lirik di paparan handphone, DS Siti menyanyikannya dengan cukup baik.

DS Siti mengalunkan lagu ini dengan lenggoknya tersendiri tanpa dibayangi penyanyi asal. Part tinggi juga dinyanyikan secukup rasa dan tidak terkucil walaupun menyanyi sambil duduk santai sahaja. Memetik komen warganet, nyanyian DS Siti versi kecewa, manakala Nadeera pula versi marah.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@xtra_my

Siti Nurhaliza akhiri live di Tik Tok dengan 16 juta likes & 200, 000 + views. Salah lirik, tak hafal melodi tapi masih boleh keluarkan runs, riff lenggok yang merdu. Merdu sangat suara tokti niπŸ₯ΊπŸ˜ #fyp #xtra #sitinurhaliza #tokti #bukanlagikita #nadeerazaini #cover #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebij 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tokti punya deliver macam ah takpe lah kau curang, aku kena terima semua ni dengan hati terbuka. Nadeera more macam, sampai hati kau eh, teruk eh kau. Haa gitu.. “

” Tokti versi elina sebelum cerai, nadeera versi elina lepas cerai.. Byk lagu2 org lain yg Tok Ti nyanyi balik auto aku akn jatuh hati dgn lagu tu.. terus jadi minat dgn lagu tu.. “

” Tokti marah dalam lembut.. Nadeera marah dalam geram haha.. tokti nyanyi lunak merdu sedap… nadeera nyanyi sedap… terase sampai hati ape dia sampaikan …… geram sume ade.. “

” Jarang sekali nak tgk tokti cover lagu artis lain, tp kalau dia coverkan lagu tu… dia sitikan lagu tu tapi versi sedap gilosss.. “

” Nadeera versi marah, tokti versi kecewa.. dia tarik sambil duduk je wey.. duduk dan senyum je nyanyi.. “

” Main2 pun sedap.. ni kalau dia cover serious utk concert ke risau terpengaruh dgn versi tok ti.. tok ti versi lembut mendayu Dan dinamik.. “

” Rasa nak tido di buai mimpi.. pasrah atas segalanya.. Ni baru nyanyi memain je kalau nyanyi bebetul kang lupa dah Penyanyi lagu sebenar.. “

Setiap penyanyi ada style nyanyian yang tersendiri, begitu jugalah dengan DS Siti. Apa-apa sahaja lagu penyanyi lain yang dinyanyikan oleh DS Siti, pasti kedengaran seperti lagunya sendiri. Baik Nadeera mahu pun DS Siti, mereka ada aura berbeza yang membuatkan semua boleh jatuh hati mendengar nyanyian mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Xtra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT