Artis / Selebriti
” Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan ini.. ” – Scha Alyahya
Bingkisan rasa Scha Alyahya setelah pemergian ibunya, Puan Junainah buat ramai sebak. Rindunya seorang anak pada ibu yang telah pergi. Semoga Scha kuat..
Bukan mudah untuk meredhakan pemergian insan tersayang, apatah lagi jika yang pergi itu adalah seorang yang bergelar ibu. Itu lah yang dirasai oleh pelakon dan pengacara, Scha Alyahya sekarang. Pada tanggal 7 Disember baru-baru ini, Scha memaklumkan kepada umum tentang pemergian mama tersayang, Allahyarhamah Junainah binti Hashim.
Mama Scha menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Scha, telah dikongsikan beberapa keping gambar arwah mamanya ini dan satu coretan yang panjang. Kata Scha, tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan ini.
Terlalu banyak yang mama lakukan untuk Scha dan Scha menyifatkan mamanya ini seorang wanita yang kuat semangat. Mama segalanya untuk Scha, yang selalu memberikan tunjuk ajar dan juga sahabat karib Scha yang selalu memberi sokongan kepada Scha.

Apa yang pasti, mama Scha telah memberikan yang terbaik sebagai ibu kepada Scha dan dirinya kini tenang di sana. Scha tidak lupa mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat untuk dirinya yang berada dalam keadaan mencabar.
Jom baca perkongsian di bawah :



Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mama is always with you, forever. You reminds me so much of her, your face, your hands, your empathy, your kindness, your spirit and your thinking is so much like her. Be strong and we will take this one step at a time. Al-Fatihah.. “
” إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها Al-Fatihah. Semoga arwah dicucuri Rahmat & ditempatkn bersama orang yang soleh dan beriman. Diampunkan seluruh dosa2 & di Redhai Allah swt. Ameen Allahumma Ameen.. “
” Salam takziah, Scha. Semoga Allah berikan ketabahan dan kekuatan luar biasa buat Scha dan keluarga.. “
” Innalillahi wainnailaihiroji’un.. Salam Takziah , semoga Arwah ditempatkan bersama insan terpilih disana.. “
” Inalillahiwainailaihirojiun. Salam takziah. May Allah grant her Jannatul firdaus and may Allah ease everything for you and family.. “
” INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN…. Semoga Allah mengampuni semua kesalahan Arwah dan menenpatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, in shaa Allah. Amin Allahuma Amin.. “
” Innalillahiwainailaihirajiun.. i pernah nampak scha bwk your mom dkt IJN lately.. arwah must be a real fighter.. salam takziah to you and your family.. “
Tentunya kehilangan ibu tersayang sesuatu yang berat untuk Scha lalui dan rasa rindu itu tidak akan ada penghujungnya. Semoga arwah mama Scha ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan arwah tenang di sana. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah mama Scha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Scha Alyahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu

