Artis / Selebriti
” The Cullen Family versi Malaysia. Vibes diorang mahal, aura tu superb.. ” – Komen Netizen
Video Puteri Balqis bersama ibu, ayah tiri dan tunangnya keluar bersiar-siar curi perhatian warganet. Wah satu family muka sama, macam copy paste. Nampak macam sebaya je..
Pelakon hebat, Puteri Balqis Ashikin bukan nama asing untuk peminat drama Melayu. Perjalanan hidup Puteri Balqis sejak kecil sehingga lah sekarang diikuti oleh para peminatnya. Selepas episod duka dalam kehidupan Puteri Balqis dan ibunya, sekarang mereka sudah bahagia bersama insan tersayang.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Morosechild, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Puteri Balqis keluar bersiar-siar bersama ibu, ayah tiri dan tunangnya. Ayah tiri Puteri Balqis yang dipanggil dengan gelaran Apak ini seorang suami yang terbaik untuk ibu Puteri Balqis.
Melihat gelagat mereka berempat menikmati pemandangan sekeliling yang dipenuhi dengan dekorasi sempena sambutan Kristmas menyenangkan hati warganet. Ibu Puteri Balqis kelihatan semakin sihat dan terserlah wajah gembiranya jauh berbeza dengan keadaannya yang dulu.

Persamaan wajah antara Puteri Balqis, ibu, Apak dan tunangnya juga turut menjadi perhatian warganet. Ramai di kalangan warganet menyamakan Puteri Balqis sekeluarga dengan siri drama terkenal The Cullen Family. Awet muda dan kelihatan seperti adik beradik sahaja apabila mereka berempat bersama-sama seperti ini.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Puteri Balqis ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Diorg ni vibe muka semua macam Cullen family dalam twilight eh. Cullen family versi Malaysia yang cute.. vampire family.. muka semua nak sama.. “
” Cantik2 Dan Encem2 semua…semoga terus berbahagia … hingga ke jannah. cullen family malaysia.. lurveeeeew.. “
” Sukanya tgk family ni. Family vampire pergi outing malam-malam.. Seketul Aqish dan ibunya happy, kita sume turut happy.. Alhamdulillah semoga terus sihat & hepi mak Aqish & semua.. “
” The Cullen’s Family versi Malaysia. Suka tgok cara Apak dan tunang Aqish tu… macam mana dia org take care of Aqish…. untung Aqish ada bodyguard.. “
” Comel semua, semoga bahagia milik mereka. luvvv tengok The Poet’s Family.. aura dia superb.. mak dengan apak muka sama, Aqish dengan tunang muka sama.. “
” Family ni vibes diowang mahal wooo.. sama je muka mereka satu family. suka tengok family ni.. Ni bkn poet fam ni The Cullen.. “
” Sebab apa Aqish cantik, mak dia pun cantik nampak muda. awet muda betul.. unik betul wajah keluarga ni.. mak, ayah, anak, tunang macam copy paste je.. macam adik beradik je.. “
Kegembiraan Puteri Balqis bersama keluarganya ini turut dirasai oleh peminat juga. Satu keluarga yang unik dan selalu positif walaupun banyak dugaan yang mereka tempuh. Semoga Puteri Balqis dan seluruh keluarga berbahagia selalu sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Morosechild, Tiktok Puteri Balqis Ashikin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

