Artis / Selebriti
” Thalita akan nyanyi lagu ini ke ? Tak sabar nak dengar, mesti best.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Thalita berlatih menyanyi dengan Ajai untuk Konsert By Ajai & Mega Friends nanti raih perhatian ramai. Wah bukan kaleng-kaleng cikgu vokal Thalita. Serius lah Thalita akan bawa lagu yang Ajai kongsikan ni. Tak sabarnya..
Baru-baru ini, telah dikongsikan oleh Shuib Sepahtu mengenai anak perempuannya, Thalita dijemput oleh Ajai untuk mengadakan persembahan pada Konsert By Ajai and Mega Friends di The Star Theatre Singapura pada 10 Mei nanti. Difahamakan Thalita akan bersama ramai nama besar dalam industri muzik seperti Hafiz Suip, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hazama dan Asmidar.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ajai, telah dikongsikan beberapa gambar Ajai bersama Thalita. Antara gambar yang dikongsikan adalah memaparkan Thalita sedang berlatih menyanyi bersama Ajai. Tulis Ajai di ruangan kapsyen, berkongsi lagu pertama yang dihasilkannya buat arwah Siti Sarah dahulu.
Tambah Ajai lagi, lagu bertajuk Ku Teruskan sangat mengimbau kenangannya bersama arwah Siti Sarah. Bahkan di hujung penulisan, Ajai seakan memberikan bayangan kepada semua yang lagu tersebut akan dinyanyikan semula oleh Thalita dengan versi terbaru.

Perkongsian oleh Ajai ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa terharu kerana Ajai sudi memberikan tunjuk ajar kepada Thalita untuk mengembangkan bakat nyanyiannya. Sehingga kini, posting terbaru Ajai tersebut menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Ajai ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Thalita akan nyanyi lagu ini ke.. Tak sabar nak dengar, mesti best. Good luck Thalita, auntie tahu awak mampu menyanyi mcm arwah ibu.. “
” Tone suara dia mcm arwah ibu dia. Mmg blh pergi jauh. Tunggu 10 tahun jer lagi, dia & anak saudara Tokti, Umai tu akan jadi antara penyanyi yg disegani.. “
” Adakah lagu ni yg akan dinyanyikan oleh adik Thalita di konsert Ajai di Singapura nanti.. Wah tahniah Thalita.. Penyambung bakat ibu.. “
” Teruskan legasi arwah, dekta.. Terima kasih abg Ajai kerena mendidik Dekta seperti arwah ibunya.. Al fatihah untuk arwah Siti Sarah.. “
” Ni baru lorong yg betul utk Thalita . Bimbingan komposer yg terbaik.. Tahniah Thalita.. Thank you Ajai, bagi peluang untuk Thalita.. “
” Wow new star coming up.. Nampak Dekta ni boleh pergi jauh lagi.. Insyaallh dengan didikan abang Ajai, Thalita akan berjaya nanti.. “
” Wahhhh new album ke ni , can’t wait for her to be real singer and Abg ajai plz give her new song soon.. Good luck Thalita.. “
Jika dahulu, Ajai bekerjasama bersama arwah Siti Sarah dan sekarang, Thalita pula menjadi penyambung legasi ibunya sebagai penyanyi. Semoga usaha Ajai untuk menjadikan Thalita sebagai ‘bintang’ akan membuahkan hasil dan tidak lupa kepada Thalia, good luck untuk konsert nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG byajai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


