Connect with us

Artis / Selebriti

” Tetiba sebak dengar Tokti nyanyi lagu ni. Mengamit memori dulu-dulu.. ” – Komen Netizen

Video DS Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Hits Kumpulan Slam, Tak Mungkin Berpaling Di Konsert Siti Nurhaliza Love Is In The Sky. Wah Tokti Menyanyi Lagu Zamani Lah. Lagu Legend Ni, Menggamit Kenangan Lama !!

Semalam telah berlangsungnya konsert Siti Nurhaliza Love Is In The Sky di Arena of Stars Genting Highlands. Ribuan orang memenuhi dewan untuk menyaksikan kehebatan seorang Siti Nurhaliza. Banyak lagu-lagu hits DS Siti yang dinyanyikan antaranya Jerat Percintaan dan Kau Milikku.

Selain lagu sendiri, DS Siti turut menyanyikan lagu khas bagi segmen lagu cinta popular zaman 90an dalam konsert ini. Memilih lagu hits kumpulan Slam berjudul Tak Mungkin Berpaling, ianya mendapat sorakan peminat. Meninjau akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan suasana ketika DS Siti mendendangkan lagu berhantu Slam ini.

Vokal DS Siti yang hebat dan merdu menambahkan lagi rencah dalam lagu ini. Seperti selalu, DS Siti akan menyanyikan dengan versinya yang tersendiri. Lagu ini benar-benar mengamit kenangan untuk semua peminat Slam dan DS Siti sendiri. Versi perempuan yang mendayu-dayu dan menusuk ke hati.

Susunan muziknya dan kawalan suara DS Siti mendapt pujian daripada ramai warganet. Jika versi Zamani Slam lagu ini mampu membuatkan orang yang putus cinta meraung, versi DS Siti juga tidak kurang hebatnya. Berjurai juga air mata dengan penghayatan yang DS Siti itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Mesti zamani bangga kali ni lagu dia pulak jd pilihan tokti utk di persembahkn dlm konsert beliau.Terbaik tokti.. ”

” Biasa lah tok ti. Lagu dia lagu dia lagu org lagu dia . Best.. Orang lain cover lagu tokti tak best, tapi bila dia cover lagu orang I nangis.. jujur sedap sayang tokti.. ”

” Mengamit memori dulu-dulu.. Versi Tokti best, terus suka lagu ni.. dah lama nk dengar tokti cover lagu zamani..antaranya syair si pari pari,kalau tokti cover mesti merdu mendayu mendayu.. ”

” Dia Siti Sitikan lagu ni te.. eh la tetiba sebak dengar Tokti nyanyi lagu ni.. “Tak mampu menjadi milikmu” verse yg sgt mahal dari Tokti.. ternangis lak.. ”

” Kenapa sedih dengar tokti nyanyi lagu ni.. kisah cinta yang tak kesampaian.. Sedap tokti bawak lagu ni, versi tersendiri yang tetap menyentuh hati pendengar.. ”

” Tokti nyanyi ikut lenggok Zamani. Dia betul-betul Slam kan lagu ni.. Tokti bawak lah lagu apa pun memang akan sedap.. ”

” Lagu ni alahai teringat kisah silam, memori yang akan sentiasa segar dalam ingatan peminat Tokti dan Slam.. ”

Seronok warganet mendengar suara DS Siti itu, dalam masa yang sama ada diantara warganet yang tersentuh kerana mengenang kisah lama di sebalik lagu Slam itu. Apa-apa pun, yang terbaik daripada DS Siti dan memberikan kenangan manis untuk semua yang hadir ke konsert semalam.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan, Tiktok Media Hiburan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT