Artis / Selebriti
” Terkejut sungguh saya, Awal-awal fikir Cik B atau orang sana. Dah tengok seterusnya, ahhh Uwais.. ” – Komen Netizen
Video Watie Hanifiah Bersama Uwais Alqarni Ketika Bercuti Di Vietnam Raih Perhatian Ramai. Wah Cepatnya Uwais Membesar. Dah Sama Tinggi Dengan Mummy Watie. Comel Betul Sedondon Dengan Mummy !!
Meninjau ke akaun Instagram Watie Hanifiah, perkongsian sebuah video bersama anak sulungnya, Uwais Alqarni telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan ketika berada di Vietnam dan mereka sekeluarga kini sedang bercuti di sana.
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah penampilan Uwais yang berpakaian sedondon dengan ibunya. Di awal video ramai tidak perasan itu adalah Uwais kerana Uwais sudah sama tinggi dengan ibunya itu. Alahai, comel betul dua bersnak ini berpakaian sedondon.
Walaupun Watie merupakan ibu tiri Uwais namun dapat dilihat mereka sangat akrab dan baik. Watie dan Uwais berjalan sambil berpimpin tangan dan Uwais melayan sahaja gelagat ibunya itu. Nampak seperti pasangan kekasih pula apabila kamera merakamkan mereka dari belakang.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di akhir video dapat dilihat gelagat Ayash Affan yang gembira melihat mummy Watie dan berlari-lari Ayash ke arahnya. Bertuah buat anak-anak Shuib kerana mempunyai ibu tiri yang baik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terkejut melihat Uwais yang sudah sama tinggi dengan Watie. Antara komen-komen yang diberikan :
” Best lah mami. Kawin terus dapat matchy matchy dengan anak. Tak payah tunggu anak anak membesar baru nak matching baju .. “
” Eh eh tgi dah uwais tu, nti kalah mommy daddy dah la.. Beso btoi si uwais nie, baka spe lar agknye.. Untung la mummy… Mjadi kesayangan ank2.. “
” Seronok tgk wati dan anak anak….semoga uhkwah terus berkekalan… Bayangan Ibu kasih Ibu bawa ke Syurga,kasih Mommy bawa bahagia…”
” Alhamdulillah balasan baik utk watie pandai ambik hati2 dia.. x rasa mcm bkn anak tiri pun best tgk alhamdulilah.. “
” Macam pakwe makwe dah tgk.. Sama tggi dah anak bujang dgn munny.. Pandai mummy maching2 baju anak2 smua cantik angat.. “
” Terkejut sungguh saya dikk…awal2 pikir cik b or sapalah org sana, dh tengok seterusnya…ahhh uwaizzz…aduhh sekejap betul cepat sgt tinggi… apapun jga diri sna sekluarga ok.. “
” Sarah meninggal saat anak – anak masih perlukan perhatian kasih syg , watie hadir bila anak dah pandai curahkan perhatian dan kasih syg .. semoga Allah kurniakan ganjaran syurga buat kedua – duanya arwah Sarah dan Watie .. “
Seronok melihat video percutian keluarga ini dengan pemandangan yang cukup indah di Vietnam. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Shuib dan Watie. Semoga segala urusan dipermudahkan buat mereka di sepanjang percutian kali ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen


