Artis / Selebriti
” Terkejut aku dik. Sekali ayah kau pun tersembur ketawa, haha.. ” – Achey

Video anak Achey, Tiara bermain makeup buat ramai terhibur. Amboi Tiara, sejak dah jadi Duta Jakel ni, dah pandai nak bersolek ye. Tersembur ayah tengok muka Tiara tu, haha..
Baru-baru ini, telah dikongsikan oleh Achey yang anaknya, Tiara telah menjadi duta butik Jakel. Malah bukan Tiara sahaja, Achey dan isterinya juga dilantik sebagai duta. Perkongsian tersebut dibanjiri ucapan tahniah daripada warganet dan menganggap Tiara merupakan seorang anak yang membawa rezeki kepada Achey serta isteri.
Meninjau di akaun Instagram, Achey ada memuatnaik video terbaru yang memaparkan telatah Tiara. Menerusi video itu, pada awalnya, Achey berkata duta Jakel sedang turun dari tingkat atas rumah dengan wajahnya sudah makeup. Usik Achey, sejak menjadi duta, Tiara asyik mahu makeup.
Setelah Tiara turun, Achey menahan ketawa melihat wajah Tiara yang sudah dipenuhi dengan makeup yang tebal. Namun begitu, pada akhirnya Achey tidak dapat menahan ketawanya dan terus berdekah gelak. Achey telah bertanya kepada Tiara, mahu menjadi siapa.
Jawab Tiara, dia mahu menjadi seperti mamanya. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan telatah Tiara sangat comel. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Achey mengenai Tiara telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan pelbagai kata usikan telah diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tomel sgt berjiwa besar semoga dh besar jadi ushawan terbaek ia anty doakn Tiara jadi anak yang berjaya dunia akhirat.. “
” Terrkejut akuuu dikk, hahahaha.. Sekali ayah kau pun tersembur ketawa.. Tiara2, awak memang kelakar dan comel lah.. “
” Tiaraaaa.. Nak oiiii… Awak ni mmg betul ceriakan hari² kami tau..Janganlah cepat besar… Nanti kami semua rindukan telatah awakk.. “
” Ok ngam bole photoshoot untuk gambar billboard ni, hahahaha.. Kena makeup la dh duta jakel baru cantik kat billboard nti.. “
” Nak jadi mcm Mama anne_achey hahaha.. Jemmmm Ayahhh.. Sebenarnya perangai tiara.zinnirah sgt comel ehh.. “
” Tersembur air nescafe acik tiara oiiiii, HAHAHAHA.. Tiara kekalkan saja dgn wajah comel awak tak perlu make up syg.. Awak dah sangat comel dah.. “
” Macam mama, Achey stop rekod terus.. Hahahahhaa.. Nanti kalau nak gambo kt billboard, plz jgn mekap mcm ni ye tiara… Kang ramai pusing balik drive jauh2.. “
Jawapan Tiara sangat-sangat win, sampai terdiam Achey dan terus stop rekod video. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Tiara kerana telah menjadi duta Jakel. Semoga Tiara terus menjadi anak yang bijak dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan oleh Tiara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Speechless, this beautiful reunion fills my heart.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Berdentum wey bunyi dia. Elok pulak tu lepas baca Bismillah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Part ni pecah perut kami. Yang bestnya cameraman siap follow Pak Nil lari lagi, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Meremang, improvement yang kaw kaw. Ada talent yang sangat luar biasa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Mesti dia ingat peminat yang jerit-jerit nama dia, tu yang dan-dan buat macho tu.. ” – Datin Alyah