Artis / Selebriti
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim

Video Hadie Elfardie bertemu Che Puan Sarimah selepas tamat konsert Grand Finale Talk To My Manager curi perhatian warganet. Sweet sungguh kata-kata Hadie untuk CP Sarimah. CP Sarimah pun tak berkelip mata tengok Hadie..Β
Bagi yang mengikuti rancangan realiti Talk To My Manager, kelibat jurinya Che Puan Sarimah antara yang mencuri perhatian. CP SarimahΒ banyak memberikan komen yang positif kepada semua peserta terutamanya kepada anak Ina Naim, Hadie Elfardie.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sarimah Ibrahim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hadie dan Ina bertemu CP Sarimah selepas tamat sahaja konsert Grand Finale TTMM. Hadie meluahkan apa yang terbuku di hatinya kepada CP Sarimah.
CP Sarimah pula mendengar dengan khusyuk apa yang diperkatakan oleh Hadie itu. Ayat pertama yang CP Sarimah ungkapkan adalah mata Hadie. Kata CP Sarimah, mata Hadie itu jujur dan tidak semua orang mampu menyampaikan melalui mata.
Tergelak Hadie apabila CP Sarimah memuji matanya itu. Lebih menggembirakan apabila CP Sarimah dimaklumkan Hadie sudah pun mendapat job pertamanya untuk satu corporate show. Rezeki Hadie sudah dipancing orang dan betul kata Hadie, CP Sarimah banyak menaikkan semangatnya untuk berjuang sepanjang TTMM.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wah tahniah.. keluar aje dari TTMM dia dpt tawaran buat show jcorp.. moga terus kencang dpt job dalam nyanyian… InsyaAllah.. “
” Cik puan ni dia neutral.. x menyebelahi sesiapa, dri awal sampai akhir.. suka tengok.. Ingat yg dorg buat soalan cpt jawab cpt2. Juri sapa korg rindu.. Ad jwb misya omar la itu la.. Dia jwb trus.. che puan. Haha.. “
” Patutlah hadie selalu ckp juri yang paling dy rindu Cik puan… mgkin dy rasa Cik puan Sarimah je yang selalu bgi dy kata positive… bagi dy semangat… Terima kasih Cik puan Sarimah.. “
” Patut la hadie tak kisah nombor berapa pun, siap rasa dia patut dapat no 6 lagi.. rupanya job luar dah menunggu. Job dkt corporate show plak tu perghh.. even baru 2 bulan jadi artis kat TTMM keluar2 dah dapat job corporate alhamdulillah rezeki hadie.. “
” Che puan Sarimah… banyak benda mata Hadie… dia komen.. alhamdulillah.. Hadie ni da la handsome sweet sangat .. berbudi bahasa.. suara pun sedap.. mudah2an Hadie mendapat yg terbaik dari ALLAH.. Aamiin Aamiin Aamiin.. “
” Dlm ramai2 yg paling tak dipandang org ni lah, Che Puan blh buat appreciation post.. Dlm komen pun tak pnh bias pd siapa2.. Terima kasih Che Puan memanusiakan manusia.. Fly high Hadie, masih ada yg menghargai bakat awk.. “
” Judge yg sngt neutral.. tak emosi.. like her very much.. actually che puan ni yg selalu backup hadie. Wlaupun ade 1 week tu yg kita smua x brp gemar. And also aku sbgai org luar ni appreciate gila comments last week frm her and toknaz especially. Itu moral support yg he really need. Thankyou che puan and toknaz.. “
CP Sarimah sememangnya banyak memberikan kata-kata semangat untuk Hadie sepanjang TTMM ini dan juri yang paling disayangi dan akan selalu dirindui oleh Hadie. Tahniah Hadie kerana sudah ada job yang menanti. Semoga murah rezeki Hadie dalam industri dan untuk CP Sarimah, terima kasih untuk segalanya di TTMM.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sarimahibrahim, Tiktok SarimahibrahimΒ Β
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ya Allah nangis saya dengar, sampai macam tu keadaan Amad. Allahu kesiannya Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kenapa aku pun keluar air mata ni. Terkesan dengan pesanan abah Amira.. ” – Komen Netizen