Artis / Selebriti
” Tengok Maryam tahan gelak pun aku dah tergelak.. ” – Netizen
Video Maryam You Narae Merakamkan Gelagat Suaminya, Ryzal Ibrahim Sedang Menyanyi Karaoke Lagu Hindustan Buat Ramai Terhibur. Part Maryam Minta Maaf Tu Nampak Jujur Sangat. Part Akhir Tu Paling Win !!
Meninjau ke akaun Instagram Maryam You Narae, perkongsian sebuah video yang memaparkan suaminya, Ryzal Ibrahim sedang menyanyi karaoke telah membuatkan ramai terhibur. Pada awalnya, Maryam merakamkan video ini tanpa pengetahuan Ryzal.
Menurut Maryam, dia amat memohon maaf kepada semua kerana disebabkan perkara ini hujan turun dengan sangat lebat di Kuala Lumpur. Maryam seterusnya pergi ke bilik karaoke dan memaparkan suaminya sedang seronok menyanyikan lagu hindustan.
Dalam masa yang sama Maryam masih memohon maaf beberapa kali kepada netizen. Alahai, kuat membahan juga lah Maryam ni. Maryam merujuk kepada suara nyanyian suaminya yang tidak sedap menjadi punca kejadian hujan lebat.

Perkongsian ini telah menerima lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di akhir video, kelihatan Maryam turut sama menari bersama suaminya. Ada sahaja perkara antara pasangan untuk diusik oleh Maryam dan Ryzal.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa. Antara komen-komen lain yang diberikan oleh netizen :
” Hahahaha the fact that she totally can adapt with Malaysian jokes.. sampai JB hujan lebat ui.. muka mintak maaf tu jujur sungguh.. “
” Sini Nilai dah guruh dah.. bukan KL je.. ni 1 msia ble banjir ni.. Tp ok laaa bilik tu macam kedap juga bunyi.. Cantik nya telekung beli mana.. “
” Jb dh hujan dlu maryam.. hahahah… Adehhh igt sbb apoo la tdi…. Wat hal btul.. Ni banjir kilat terus.. Just nak tahu jee telekung tu jenama apa.. “
” Ya allah, igatkan apa la tdii.. takpe maryam, dalam rumah masih ok, jangan buat dekat luar .. hahahha mayam mayam. funny la awak.. “
” Masalahnya dh lama btol tk dengar lagu tu..Kena repeat balik tgk cite tu. harap jgn laa banjir nnt susah nk gi pavi nk tgk pokok kismes .. “
” Sini angin kuat.. da tau da… sape punca.. confirm ujan lebat ribut petir.. lawaklah maryam ni.. Patut la hujan sampi Penang.. “
” Tengok Mariam tahan gelak PON aku dh tergelak.. yg last tuuu siap join sekali alololo comeyyy goyang sikit.. Ryzal nyanyi mcm lari tempo je. Hahaha kelakar Maryam.. “
Pada yang selalu mengikuti akaun media sosial pasangan ini, mereka sememangnya gemar mengusik antara satu sama lain. Malah Maryam juga dilihat sudah biasa dengan lawak dan budaya di Malaysia. Lawak-lawak Maryam sememangnya kena dengan jiwa rakyat Malaysia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryamyurr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen



