Artis / Selebriti
” Tengah feeling baik punya, tetiba lain pula hujung-hujung tu.. ” – Komen Netizen
Video Zulin Aziz Cover Lagu Datuk Rossa, Pudar Buat Warganet Terhibur. Alahai Awal-Awal Tu Dah Layan Dah Suara Merdu Zulin. Tapi Tak Sangka Pula Yang Last Jadi Macam Tu. Buat Hal Lah Zulin Ni, Haha !!
Nama selebriti Zulin Aziz cukup dikenali ramai. Zulin bukan saja boleh mengacara, berlakon dan melawak, tetapi Zulin juga berbakat besar dalam bidang nyanyian. Dalam erti kata lain, Zulin adalah artis serba boleh yang berada di kelas yang tersendiri.
Sebelum ini, Zulin pernah menghasil empat single iaitu Terbiar pada tahun 2017, Keliru (2018), Dan Ketika Itu (2018) dan Jadikan Aku Yang Halal (2019). Terbaru Zulin telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyi di akaun Instagram miliknya.
Menerusi video itu, Zulin menyanyikan lagu bertajuk Pudar, nyanyian asal oleh penyanyi terkenal daripada negara seberang iaitu Datuk Seri Rossa. Nyanyian Zulin tersebut turut diiringi oleh bunyi gitar yang dimainkan oleh seorang jejaka.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang pada awalnya mengakui suara Zulin membawa lagu Pudar begitu merdu. Namun begitu, siapa sangka pada akhir nyanyian, Zulin sempat mengubahkan lagu tersebut ke nyanyian bahasa Tamil versinya sendiri.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada para peminat Zulin meluahkan rasa terhibur mereka setelah mendengar nyanyian Zulin tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tengah feeling baik punya, tetiba lain pula hujung-hujung tu.. Part last tu harap tak lari maksud, haha kelakar lah Zulin.. “
” Lahh.. Awai tuu feel dh.. Pastu yaaa tuhan.. Zulin.. Btw ulang2 dengar . Sedapnya suara Zulin, tak jemu dengar.. “
” Besttt,sedap..Terbaikkk sgt suara Zulin tu feel lekat dekat hati tau.. Huhuhu.. Love with this version tau.. “
“Eh eh mcm lain jek bunyi nye.. Vanekem pah cerohhh.. I selalu support u . U the best, love you so much.. Good luck Zulin.. “
Alahai Zulin sempat lagi Zulih menukar lirik lagu Pudar, terkejut semua yang mendengar. Untuk sekadar info, Zulin pernah menyertai rancangan Muzikal Lawak Superstar 4 menerusi kumpulan Zuara yang turut disertai oleh Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan.

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, Zulin atau pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz ini turut berbakat melukis dan pandai memasak. Antara lukisan Zulin yang pernah mendapat pujian ramai adalah lukisan potret penyanyi terkenal tanah air seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Erra Fazira.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zulinaziz, Portal mymetro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen

