Artis / Selebriti
” Teman dia macam mana Papa teman mama.. ” – Jinggo

Sheila Rusly Dan Suaminya, Jinggo Kongsi Gambar Ketika Majlis Pertunangan Anak Sulung Mereka, Uzair Haqimy Dan Elisya Sandha. Alahai Seb4k Tengok Muka Sheila, Elisya Pun Cantik Sangat !!
Pelakon dan penerbit Sheila Rusly berkongsi detik bahagia bakal menerima menantu tidak lama lagi apabila anak sulungnya, Uzair Haqimy, mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan iaitu pelakon Elisya Sandha pada hari ini bersamaan 31 Januari 2021. Umum mengetahui, Elisya Sandha merupakan adik kepada pelakon Fasha Sandha.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Sheila telah memuat naik sekeping gambar yang menyaksikan Sheila memel0k erat Elisya yang mengenakan baju persalinan bertunang berwarna putih dan duduk bersama dengan Elisya di atas pelamin yang dihias indah.
Sheila yang mengayakan baju kurung putih pink peach serta tudung berwarna peach kelihatan sangat cantik sekali. Wajah Sheila nampak seb4k seperti ingin menang1s ketika memel0k Elisya. Pastinya Sheila sangat gembira menerima bakal menantu yang pertama.
Perkongsian daripada Sheila telah menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen. Pelbagai reaksi diberikan oleh peminatnya. Peminatnya turut memuji kecantikan Elisya. Beruntungnya Elisya mendapat bakal keluarga mertua yang baik dan menyayangi dirinya seperti Sheila sekeluarga.
Jom baca perkongsian di bawah :
Selain Sheila, suaminya Jinggo turut sama berkongsi gambar di laman Instagram miliknya. Kelihatan Sheila, Elisya serta ibunya sedang duduk bersama di atas pelamin.
Lagi perkongsian daripada makeup artis bernama Ijoy yang menyolekkan Elisya :
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Sheila sekeluarga. Selain itu, memuji kecantikan Elisya dan Sheila. Ada juga yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
” Salam toksidang. Short, simple dan meaningful wishes from a father. Tahniah JSfamily. Pesanan yg ringkas Dr seorang ayah tp penuh makna.. “
” Alhamdulillah tahniah bakal dapat menantu. semoga dipermudahkan segala urusan. Tahniah si cantik elisyasandhaofficial..
” Alaaaa.. sukanya tgk pic nie.. alhamdulillah.. tahniah sis sheilarusly_jspictures & family. Semoga lancar sampai hari yang dirancang penyatuannya.. “
” Tahniah sis, MashaaAllah cntik menantu n mertua. Congrats ayah jinggo. Alhamdulillah happy untuk haq dan elisya. Both rally suitable, suka tengok… “
” Seb4k tengok caption, ringkas tapi penuh makna. Tahniah, semoga jodoh kekal hingga jannah.. pasangan serasi, suka sangat.. “
” Tahniah sus, seb4k tengok mauka sis dan touching dengan caption jinggo_jspictures. Semoga dipermudahkan segalanya. Susah ni nak dapat nasihat macam papa ni.. “
” Ringkas tapi mendalam maksud caption tu. Tahniah tok sidang dan sis sekeluarga. Semoga berkekalan till jannah dan hubungan diberkati Allah.. “
Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat bertunang kepada Uzair dan juga Elisya. Semoga hubungan kalian ini berkekalan sehingga ke gerbang perkahwinan seterusnya sampai ke syurga. Selain itu, diberkati Allah atas ikatan pertunangan ini. Amin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheilarusly_jspictures, IG Jinggo_Jspictures, IG Elisyasandhaofficial, IG uzairhaqimy69
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen