Artis / Selebriti
” Tapi dia punya nak surprise tu lagi hebat daripada daddy.. ” – Watie Hanifiah

Video anak Shuib Sepahtu, Matin membuat surprise untuk ibu tirinya, Watie Hanifiah buat ramai tersentuh. Wah lain macam Matin punya surprise. Sweet sungguh cara Matin ambil hati mummy dia, terharu sangat..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri Shuib Sepahtu, iaitu WatieΒ Hanifiah atau pemilik nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, telah berkongsi mengenai telatah anak Shuib yang ketiga iaitu Matin yang telah membuat sesuatu kejutan buat dirinya.
Menerusi dua paparan masej yang dihantar oleh Matin buat Watie, Matin bertanya bilakah Watie akan pulang ke rumah kerana Matin ada surprise buat Watie. Rupa-rupanya, setelah sampai di rumah, Watie terkejut kerana surprise yang dibuat oleh Matin adalah Matin sudah mengemas dan membersihkan rumah.
Tulis Watie di ruangan kapsyen, telatah Matin yang suka mengambil berat dan menghiburkan orang di sekeliling sama seperti suaminya, Shuib. Tulis Watie lagi, Matin seorang anak yang bukan sahaja kacak, malah Matin juga seorang yang sangat sweet.
Selain itu, Watie juga turut memuatnaik video sambungan yang memaparkan ucapan terima kasih kepada Matin. Sehingga kini, perkongsian oleh Watie itu telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang kanan > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya)Β
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Watie ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ala sweetnya cara Matin ambil hati mummy dia. Memang anak soleh betul lah Matin ni.. Sweet muit bethol anak mummy sorang ni.. “
” Ya Allahhhh tk rasa langsung dia ni mak tiri, baik nya lahhh.. Patut lah anak-anak Shuib semua sayang selesa dengan Watie.. “
” Anak2 mmg syg btul ngn mommy die tuuu.. Takleh hilng skjp.. watie ni terlalu bgus.. Cinta syg ank2 tu smpai ank pon takleh berenggng ngn Watie.. “
” Hikmah Allah kan… Allah pilihkn betul2 yg sesuai sbgai pengganti ank2 nie menumpang kasih.. Terharu tgk.. Tq Watie, bahagiakan anak2 arwah Siti Sarah.. “
” Eee comelnyaa mateen.. Suka tgok watie trima kasih watie jga anak2 dengan penuh kasih syg.. Semoga Allah angkat darjat Watie.. “
” Terharu dgn cara mereka , Suka tengok Sebab nampak kasih sayang antara mereka ikhlas . Bukan semua mak tiri dan anak tiri boleh mcm ni.. “
” Untung Shuib, dpt anak2 yg baik dan bagus, isteri (yg dulu dan yg kini) yg baik dan syg anak2 seikhlasnya.. Saya percaya Shuib ni baik orgnya abb tu Allah bagi dia org2 yg baik dlm hidup dia.. “
Alahai, sweet sungguh Matin, jelas kelihatan betapa manjanya Matin dengan Watie dan Matin juga begitu menyayangi Watie seperti ibu kandungnya. Apa-apa pun, semoga Matin terus membesar menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral5 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral4 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral5 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral7 days ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli
-
Viral13 hours ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam