Artis / Selebriti
” Tangisan bukti kepuasan Hael bila dia berjaya mengangkat nama Nadeera.. “- Komen Netizen

Video Hael Husaini menangis di tepi pentas ketika persembahan Nadeera di pentas Anugerah Juara Lagu ke 39 (AJL39) buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Hael menangis, lagi bertambah terharu bila ramai yang bagi standing ovation selepas Nadeera habis menyanyi..
Semalam, persembahan Nadeera Zaini di pentas Anugerah Juara Lagu ke39 membawakan lagu Bukan Lagi Kita menjadi perhatian ramai. Lagu ciptaan oleh Hael Husaini dan Iqie Hugh ini disampaikan oleh Nadeera telah berjaya memukau para penonton.
Lagu Bukan Lagi Kita ini daripada awal lagi menjadi ramalan ramai sebagai lagu yang bakal mendapat gelaran Juara Lagu di AJL39. Namun, rezeki tidak memihak kepada Nadeera. Walaubagaimanpun, ramai yang sangat berpuas hati apabila Nadeera berjaya merangkul gelaran Naib Juara.
Meninjau di akaun Instagram milik tv3malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hael tidak dapat menahan air matanya ketika menonton persembahan Nadeera di tepi pentas dan perkongsian tersebut telah membuatkan warganet tersentuh.
Ada yang meluahkan rasa kagum dan terharu melihat kesungguhan Hael membantu mengangkat nama Nadeera. Bukan itu sahaja, warganet juga menyifatkan Nadeera sebagai penyanyi yang sangat berpotensi kerana mempunyai vokal nyanyian yang sangat baik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Tangisan bukti kepuasan Hael bila dia berjaya mengangkat nama Nadeera.. Semalam Ajl memang lain macam betul, touching habis semua lagu2.. “
” Siapa yg tak bangga bila lagu yg dicipta disampaikan dengan org yg tepat dan padu yg amat.. Aku yang dengar pun rasa puas hati sangat.. “
” Hael tahu bertapa Nadeera cuba sampai ke tahap ni terima kasih Hael.. Tq Hael bantu Nadeera n tahniah buat Nadeera juga.. “
” Tq Hael. Lagu ni cukup menikam jiwa jiwa yang sakit dek kerana hati yang pura pura menghargai. Tapi hakikatnya curang dengan niat.. “
” Aku faham apa yg dia rasa.. Nadeera struggle mcm dia nak menuju kejayaan.. Lama diaorang nak membina nama.. Malam ni Nadeera memberi dan dia sbg komposer mesti tersentuh.. Love keduanyaaa.. “
” Both of them struggle utk sampai stage AJL ni… Dua2 anak didik program mentor.. Prouddddddd… Hael, please make more song for Nadeera.. “
” Orang Yg Tepat bila Hael Husaini bg lagu nie. Yg lain2 juga power sgt tp bila bg kat Nadeera.. Ibarat orang luar nampak terus lonjakan Nadeera di dalam industry Muzik… Mmg powerghhhhh hbs…”
Memang luar biasa persembahan Nadeera semalam walaupun ini adalah pertama kali Nadeera beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu. Apa-apa pun, tahniah Nadeera atas kemenangan semalam. Semoga Nadeera akan terus maju jaya dalam industri seni suara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG tv3malaysia, official_nadeera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen