Artis / Selebriti
” Talita menangis menyanyi lagu ibu di Bukit Bintang.. ” – Komen Netizen
Video anak Shuib Sepahtu, Talita tidak dapat menahan sebak ketika menyanyikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah di Bukit Bintang buat ramai sebak. Sedihnya tengok Talita menangis..
Sejak jam 7 malam lagi sudah ramai yang menanti di Bukit Bintang untuk menyaksikan persembahan secara live anak perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra. Sebagaimana yang dijanjikan, Talita akan membawakan 2 lagu untuk persembahannya malam ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cikdiamond123, telah dikongsikan video ketika Talita mendendangkan lagu hits arwah ibunya, Kesetiaan. Suara Talita memang merdu dan ada kedengaran sedikit gementar. Nyanyiannya cukup bersemangat dan Talita enjoy memperdengarkan suaranya.
Demi memenuhi permintaan penonton, Talita menyanyikan sekali lagi lagu ibunya itu dan kali ini Talita tidak dapat menahan sebaknya. Talita terhenti nyanyiannya dan terus menangis. Shuib segera mendapatkan Talita dan memeluk Talita untuk menenangkan anaknya itu.

Umairah yang turut berada di situ turut memeluk Talita dan membantu Talita untuk sama-sama menyanyi bersama Talita. Sebak melihat Talita seperti ini, wajah atok Raissuddin yang berada di belakang Talita juga kelihatan sebak, namun pastinya dia bangga dengan keberanian Talita pada hari ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cikdiamond123 Sebak tengok Talita menangis menyanyi lagu ibu 😭😭 @shuibsepahtu #talita #dekta #shuibsepahtu #sitisarahraisuddin
Pastinya kerinduan Talita terhadap ibu yang bersarang di hati tidak dapat dibendung. Sebelum menutup persembahannya, Talita meminta satu perkara daripada semua penonton yang hadir. Pinta Talita dia inginkan semua untuk mendoakan arwah ibunya di sana.

Sekiranya Siti Sarah masih ada, pastinya Siti Sarah akan merasa bangga dengan Talita. Jiwa Talita memang jiwa ibu dan Talita juga memberitahu dia mahu menjadi seperti ibunya. Semoga segala perjalanan Talita untuk menjadi bintang bersinar dipermudahkan dan Talita berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ixorra Design
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen

