Artis / Selebriti
” Tak tahu lah, mungkin dua-dua ni mungkin raya terakhir. Tak mau cerita lah sedih.. ” – Dato’ Red

Video Luahan Hati Dato’ Red Ketika Live Bersama Datuk Wira Dr Azizan Buat Warganet Tersentuh. Nampak Dato’ Red Menyesal Sangat Dengan Semua Kesilapannya Dulu. Part Raya Terakhir Bersama Tu Terus Bergenang Air Mata Dato’ Red. Sedihnya !!
Tidak dinamakan kehidupan jika tidak ada dugaan dan cabarannya. Lain orang lain ujian yang diberikan, begitu juga untuk Tiktoker yang semakin menjadi sebutan kini, Dato’ Red. Umum mengetahui kisah rumahtangga Dato’ Red bersama Datin Red dan Adira Suhaimi.
Menerusi akaun Tiktok Metro Harian dan mom aqilalfathi, telah dikongsikan sedutan video ketika Dato’ Red membuat live semalam. Menerusi live solo Dato’ Red, Dato’ Red mengatakan mungkin tahun ini adalah raya terakhir untuknya bersama isteri dan anak-anak.
Sedih melihat riak wajah Dato’ Red yang berusaha menahan air mata itu. Malam itu pula, Dato’ Red membuat live untuk borak-borak kosong bersama follower dan memilih beberapa orang untuk live bersama. Salah seorangnya adalah pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Azizan Osman.
Banyak kesalan yang Dato’ Red luahkan kali ini. Sikapnya dahulu yang riak dan terlalu percayakan orang membuatkan Dato’ Red tersungkur. Adira dan Datin Red adalah kekuatan dan sayap Dato’ Red, namun dia perlu redha untuk kehilangan 2 sayap pentingnya itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@metro_harian Mungkin ini raya terakhir bersama, sedih la pulak 🥺 #datored #datukred #fypシ #fypシ゚viral
@mom_aqilalfathi Kesilapan dato red di masa lalu 🥹 #datored #datinred #adirasuhaimi #datowiraazizanosman
@mom_aqilalfathi Adira & Datin red ibarat sayab dato 🥹 #datored #datinred #adirasuhaimi
@mom_aqilalfathi Luahan dato red Sedih nye 🥹 #datored #adirasuhaimi #datowiraazizanosman
@mom_aqilalfathi Nasihat dato wira utk dato red part 2 Nasihat Yg last tu 😱😜 #datored #datinred #adirasuhaimi #datowiraazizanosman
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk semua perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Knp tak sakit ati pn wlupun dia ada salah? sbb mengaku n benar2 usaha utk berubah.. klu smua llki mcmtu tenang dunia.. ”
” Sedihnya luahan hati dato’ Red. berair mata Dato’ Red.. moga isteri-isteri dato red akan berlembut hati untuk memaafkan segala kesilapan abg red.. ”
” Hargai wanita yang bergelar isteri. masyallah.. rezeki seseorang Allah sudah tentukan. Moga bermanfaat kepada org lain juga.. ”
” Buat contoh pada diri kita semua.. Jangan risau tok, pujuk elok-elok.. Semoga dato’ red tak jadi berpisah dengan dua-dua isteri.. ”
” Lah aku pulak yang sayu. Moga diberikan kekuatan dato’ red.. belum terlambat dato. moga Allah lembutkan hati datin red dan adira.. ”
” Yang lepas jadikan pengajaran untuk kehidupan akan datang. Ramai yang berharap Dato’ Red dan isteri-isteri akan bersatu semula dan jadi happy family.. ”
” Sedih la tengok, kekesalan seorang yang pernah buat kesilapan dalam hidup dan sekarang berharap dapat kembali keluarga dia. muka pasrah dan redha.. ”
Pengalaman lalu Dato’ Red yang akan selalu menjadi peringatan untuk dirinya. Allah sebaik-baik Pengatur dan Perancang, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Dato’ Red, Datin Red dan Adira. Andai ada jodoh, Alhamdulillah tetapi jika sebaliknya, moga ukhuwah yang sudah terjalin akan kekal baik selamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Metro Harian, Tiktok Mom_aqilalfathi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen