Artis / Selebriti
” Tone suara, ada sikit vibes suara Dato’ Awie. Handsome, ada lesung pipit lagi.. ” – Netizen
Video Anak Lelaki Dato’ Awie, Merrah Menyanyi Buat Ramai Teruja. Fuh Boleh Tahan Sedap Suara Merah Ni. Ada Lenggoknya Tersendiri, Boleh Ganti Papa Lah !!
Siapa yang tidak kenal dengan nama Dato’ Awie, seorang penyanyi rock lagenda yang kekal diminati ramai sejak dahulu lagi. Menyingkap kehidupan peribadi Dato’ Awie, beberapa siri perkahwinannya memberikan Dato’ Awie 6 orang cahayamata dan salah seorangnya adalah Putra Ahmad Merrah.
Meninjau akaun Tiktok hj_abu_g, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Merrah memperdengarkan suaranya kepada umum. Merrah dengan penuh keyakinan menyanyi dan menghiburkan semua yang ada di situ dengan suaranya yang padu.
Pepatah ada mengatakan, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Merrah sememangnya mewarisi bakat seni Dato’ Awie dan suaranya itu kedengaran begitu mengasyikkan. Tidak meniru suara Dato’ Awie, Merrah mempunyai keunikannya yang tersendiri yang boleh membuatkan orang mendengar sehingga akhir lagu.
Dari segi rupa, Merrah ada kening yang lebat seperti Dato’ Awie. Wajahnya pula lebih banyak mewarisi wajah ibunya Rozana Sidek. Memetik komen warganet, dengan kemerduan suara Merrah ini, tieak mustahil Merrah boleh mencipta nama dan menjadi sehebat papanya.
Jom tonton video di bawah :
( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@hj..abu_g
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komne-komen yang diberikan oleh mereka :
” Camni la suara tersendiri tak terikut suara ayah dia.. suara sedap, maklumlah genetik suara sedap.. ”
” Muka ikut maknya… kening tebal ikut dato.. Air muka macam awie, handsome merah ni.. suka tengok.. ”
” Handsomenya… ada lesung pipit la.. manis je dia senyum tu. Dah dpt tangkap Sengau yg sedap tuu.. sikittt lg.. ”
” Bestnya suara merah… Ahmad merah ada vibe suara awi. sedap sora dia cuma nmpk pmalu ja.. ”
” Sengau ikut Awie tapi sedap.. Handsome anak Dato Awie ni, Awie masa muda remaja dulu.. ”
” Macam muka emak dia, handsome nya merrah ni. tp sekali tengok macam muka awie masa muda dulu pun ada.. ”
” Ooo dato ada anak lelaki bujang.. Tone suara, ada sikit vibes suara dato’ Awie. Segak suara sedap macam bapak jugak.. ”
Alahai pemalu juga orangnya Merrah ini, sekali pandang tak ubah seperti Dato’ Awie ketika zaman remaja. Suara pun sedap, boleh lah selalu membuat latihan vokal dengan Dato’ Awie untuk memantapkan lagi mutu nyanyian. Apa-apa pun, semoga Merrah berjaya selalu dalam hidup dan menjadi anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok hj.. abu_g
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Una, kalau Una tengok video ni cuba Una angkat telefon, reply whatsapp saya.. ” – Fattah Amin