Artis / Selebriti
” Tak tahannya bila saya lalu kan, gitu lah dia melentik-lentik macam ni.. ” – Dato’ Red
Video Dato’ Red ‘Mengutuk’ Bekas Isteri Pertamanya, Cik Hana Ketika Live Buat Warganet Terhibur. Amboi Dato’ Red, Siap Buat Lakonan Semula Lagi Gaya Cik Hana Tunggu Kat Bus Stop. Cik Hana Pun Siap Tinggal Komen Lagi Masa Live. Lawak Lah, Haha !!
Hari demi hari, produk jualan Dato’ Red semakin menjadi pilihan warganet. Setiap kali live berlangsung, produk Dato’ Red pasti ‘laku keras’ dan sold out. Tidak hanya Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi yang membantu Dato’ Red membungkus parcel, bekas isteri pertama Dato’ Red, Cik Hana dan suaminya serta anak mereka, Aziera juga turut turun membantu sama.
Meninjau akaun Tiktok Asfahoney, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan live Dato’ Red semalam. Dato’ Red memang suka berbual dan bercerita dengan pengikutnya. Kali ini, Hana juga turut meninggalkan komen di live Dato’ Red supaya Dato’ Red turut membantu untuk membungkus tempahan.
Dato’ Red membaca komen tersebut sambil ketawa dan mula throwback kisah lama mereka dahulu. Bukan main lagi Dato’ Red melakonkan kembali gaya Hana ketika menunggu di bus stop satu ketika dahulu. Siapa sahaja yang tidak tergelak melihat gaya Dato’ Red itu.

Gerak badan tu membuatkan ramai yang geram. Dato’ Red jika bab mengutuk Hana memang pro. Mujur lah Hana seorang yang sporting dan suka bergurau seperti Dato’ Red. Dato’ Red juga turut memberitahu program jualan besar-besaran mereka yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini.
Jom tonton video di bawah :
@asfahoney
@mzshanaa Siap ko orang tua…tunggu🤪😜🤣🤣 #aziera #adira #abgred #kamibaikramaisayang #fypage #adirasuhaimi
Beruntung Dato’ Red kerana dikelilingi oleh insan-insan yang prihatin dan selalu ada ketika Dato’ Red memerlukan pertolongan dan sokongan. Hana dan suaminya juga menjalin hubungan baik dengan Dato’ Red, malah wajah suami Hana juga seakan-akan wajah Dato’ Red.

Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan semata-mata antara Dato’ Red dan mantan isteri pertamanya. Semoga segala perancangan Dato’ Red untuk menaikkan lagi jualannya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar serta berjaya meraih ribuan order pada hari Sabtu nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Asfahoney, Tiktok Putehhhx, Tiktok CikHanaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan abang saya tu, kami pernah tak berborak beberapa tahun tau. Jadi.. ” – Zaki Yamani

