Artis / Selebriti
” Tak sangka suara isteri dia pun sedap, terhibur tengok.. ” – Netizen
Video Haqiem Rusli Berduet Bersama Isterinya, Anis Sofea Ketika Konsert Malam Mimpi Cur1 Perhatian Warganet. Wah Lincah Betul Anis, Berani Pulak Tu Walaupun Kali Pertama Menyanyi Depan Ramai Penonton. Terbaik Lah !!
Semalam tanggal 14 Januari telah berlangsungnya Konsert Malam Mimpi Haqiem Rusli. Konsert ini diadakan di Panggung Asia, Kuala Lumpur dan banyak lagu disampaikan oleh Haqiem untuk peminat-peminatnya yang datang.
Pada perkongsian terdahulu, Haqiem ada meminta pandangan daripada peminatnya tentang pemilihan lagu yang ingin didengari ketika konsert. Setelah lama Haqiem tidak membuat konsert sebegini, semalam juga peminat diberikan kej0tan dengan penampilan istimewa isteri Haqiem, Anis Sofea.
Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Haqiem berduet bersama Anis menyanyikan lagu Pink Venom. Bukan sebarang lagu ye, lagu Korea menjadi pilihan pasangan ini.

Pandai juga Anis menyanyi rap, sekadar suka-suka untuk menyokong encik suaminya. Anis juga kelihatan lincah di atas pentas. Kali pertama suara Anis diperdengarkan di hadapan ramai penonton, hebatlah Anis.
Jom tonton video di bawah :
Sejak posting ini dimuatnaik, ianya telahpun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Wowwww… terbaik wife support husband live konsert… bessttt anissofeaaz n haqiemrusli98_ mmg power best g1lerrrrr.. “
” It’s ok. Appreciate the effort. Yg penting enjoyyyy. comel la depa dua ni haha. Power lah lagu Korea tu.. “
” Best dia nyanyi utk seorg yg tak prnh nyanyi depan rmai lg pun support suami dia punya konsert just suka-suka.. “
” Tak sangka suara bini dia pun sedap. memang terbaik la pasangan ni, sepadan weh. First time tgk laki bini buat konsert sendiri.. “
” Ahhhhh cute laa, Terhibur tengok pasangan ni haha. Haqiem nak create sweet memory dengan wife, sebelum ni mak dia pun prnah naik pentas.. “
“Jarang tak on sistur Anis Sofea, suka tengok lincah dan tak segan walaupun kali pertama nyanyi depan ramai pnonton.. “
” Walaupun tak paham sepatah apa pun, tapi enjoy tngok gelagat suami isteri ni. Isteri yang supportive la Anis ni.. “

Ramai yang enjoy menonton persembahan Haqiem dan Anis ini. Kedua-duanya kelihatan bersahaja ketika berduet bersama di atas satu pentas. Apa-apa pun, tahniah Haqiem atas kejayaan konsert semalam dan semoga terus maju jaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Haqiem Rusli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen

