Artis / Selebriti
” Tak sangka korang dapat video tu eh, Bella malu tau.. ” – Bella Astillah
Video reaksi YB Syed Saddiq apabila mengetahui Bella Astillah pernah muncul dalam video klip kumpulan Inteam raih perhatian ramai. Wah serius lah Bella, ramai yang tak tahu ni. Sampai macam tu YB terkejut yer, siap keluarkan arahan, hehe..
Meninjau ke akaun Tiktok Musafir Dunia, perkongsian sebuah video yang memaparkan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq telah meraih perhatian ramai. Menerusi video tersebut, Bella menyatakan yang dirinya pernah muncul dalam video klip kumpulan Inteam.
Pada ketika itu Bella masih kecil dan menjadi pelakon dalam video muzik kumpulan tersebut. Turut serta dalam video muzik tersebut ialah adik Bella, Didi Astillah dan ibu mereka. Wah, memang tak sangka itu adalah Bella. Selama ini pasti ramai tidak perasan.
Apabila Bella menyatakan perkara tersebut, reaksi Syed Saddiq agak terkejut seperti tidak percaya. Syed Saddiq meminta para netizen berkongsi video muzik lagu tersebut sebagai bukti. Menurut Syed Saddiq lagi, netizen cukup laju membuat kerja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sebelum ini, Syed Saddiq sudah banyak menonton video-video Bella ketika kecil yang dikongsikan oleh netizen. Syed Saddiq amat berminat untuk mengetahui tentang Bella.
Jom tonton video di bawah :
@musafir..dunia Jgn marah kesayangan sbb kita upload jg 🥹 @Bella Astillah 🫶🏻 inspirational indeed 🥰 @Syed Saddiq Vid credits: Hijjaz Channel (YouTube) #Biiznillaah #BASS #BAASS #BellaAstillah #SyedSaddiq #MalaysiaSweetHeart #FenomenaBASS #PasanganKesayanganSebuana #TeamBASSOfficial #BASSties
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Terharu tgk vedio klip in team adr bella muka mak bella muka bella skg.. bella kenapa nak malu..seharusnya hapyy sebab dlm video tu..menunjukkan yg bella anak yg baik pd ayah&ibu.. “
” Muka mak Bella masa muda serupa ngn Bella…ingat Bella tadi. tahun ni mmg tahun bella kot… semua terkait dgn bella.. “
” Sedih pulak tgk bella masa kecik.. sb bila bella dewasa kita tau byk benda dia lalui.. now kita semua merasai bella gembira dgn dunia baru dia we love you bella, stay strong.. “
” Bella , sing lagu 3 kupang je ..dh nmpk comel.. kitorang tengok Bella dari kecik lagi tauuu..Bella n Didi aktif seni dari kecil lagi.. “
” Alahai, sedih plak tgk video In Team tu.. emak bella ke tu.sebiji macam bella sekarang.. Sebak sebab realiti ayah bella ni pun menjaga keluarga.. tang picit kaki mama bella kalau mama dia tgh garang marah2.. “
” Yb btul2 syg bella, smua about her dari kecik sampai besar yb nk tau. macam.konfius..kenapa bella kejap budak kejap dewasa… rupanya dewasa tu maknya…iras sangat2.. “
” Inteam kalau buat balik MV tu tapi kali ni ambil Bella dgn anak² serta YB rasanya meletop balik nasyid .. She got her strength from her mom sbnrnya.. “
Bella sememangnya aktif dalam dunia seni sejak dari kecil lagi terutamanya dalam bidang nyanyian. Rasanya ramai peminat Bella baru mengetahui kemunculan Bella dalam video klip tersebut. Semoga Bella Astillah terus berjaya dalam industri hiburan tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Musafir Dunia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy harap sampai tua nanti anak-anak akan tetap buat macam ni dengan Mummy dan Daddy.. ” – Watie


