Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak sangka Athisha nikah hari ni, baru je bertunang. Tup tup dah kahwin.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Adik Neelofa, Athisha Khan Laksana Alice And Wonderland. Wah Berseri-Seri Athisha, Make Up Dan Busana Yang Simple Tapi Nampak Cantik Sangat !!

Baru sahaja 2 hari yang lalu, adik kepada usahawan Neelofa, Athisha Khan mengikat tali pertunangan bersama kekasih hatinya, Wan Amirul Haiqal. 10 tahun menyulam cinta, hari ini tanggal 22 Januari 2022 menjadi tarikh penyatuan 2 hati.

Meninjau akaun Instagram Eh Malaysia, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan suasana di majlis pernikahan Athisha dan Haiqal. Hanya bertunang untuk 2 hari, pasangan ini selamat bergelar suami dan isteri sebentar tadi.

Menggunakan khidmat Reka Teemor, tema yang dipilih dan sentuhan ajaib Reka Teemor tidak mengecew4kan. Penuh dengan bunga-bungaan, meriah dan indah sekali melihat keseluruhan pelamin dan pasangan mempelai.

Rekaan gaun pengantin daripada Alia Bustamam dan solekan kemas daripada Khir Khalid menaikkan lagi seri pengantin Athisha. Alhamdulillah, bertambah seorang lagi ahli keluarga baru keluarga besar Neelofa ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Sahabat baik Athisha, Rosix Omar juga turut berkongsikan video yang memperlihatkan moment indah ketika Athisha menuju ke pelamin.

Jom tonton video di bawah :

Lagi perkongsian daripada Instagram Reka Teemor dengan tema ‘ The Brighton ‘ . Seperti berada dalam taman bunga, semuanya cukup sempurna.

Jom tonton video di bawah :

Ke semua perkongsian ini mendapat perhatian daripada peminat. Ramai juga yang tidak sangka Athisha akan menikah secepat ini. Antara komen-komen peminat :

” Tahniah Athisha dan Haiqal, semoga kekal hingga ke jannah. Effortless makeup, stunning. simple pun tetap terserlah aura pengantin tu.. “

” Tak sangka Athisha nikah hari ni. Alhamdulillah, selamat pengantin baru Sha. Semoga perkahwinan yang dibina barakoh, sakinah, mawaddah dan warahmah.. “

” Cantiknya Athisha, makeup simple, bajupun so nice. tak perlu tunang lama-lama, tahu-tahu nikah terus. terbaiklah.. “

” Masya Allah, alhamdulillah selamat pengantin baru Athisha dan Haiqal. Tak sangka secepat ni, tarikh cantik tu. Sha cantik dan berseri-seri sangat.. “

” She so pretty, baru je bertunang eh tup tup dah berkahwin. Alhamdulillah, benda baik tak perlu tangguh lama-lama. Tahniah Athisha.. “

” Beautiful, macam Alice and Wonderland sangat dengan taman bunga macam ni cantikk. Sentuhan dan idea yang sangat indah dan sempurna. Hasil kerja yang terbaik.. “

” Macam mimpi tengok athisha kawen dah sebab lama sangat follow dia since zaman dia ada blog time ktj dulu. Years back. Congrats athisha dan pasangan.. “

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan majlis pernikahan Athisha telahpun selesai. Selamat melayari alam rumahtangga buat Athisha dan Haiqal. Semoga ikatan ini berkekalan sampai ke syurga dan dirahmati Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eh Malaysia, IG Rosix Omar, IG Reka Teemor, IG Athisha Khan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT