Artis / Selebriti
” Tak pandai tak payah pakai bang. Menitis air mata jantan aku gelak, haha.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Roy Azman Cuba Sedaya Upaya Menggunakan Chopstick Ketika Makan Di Hong Kong Buat Ramai Terhibur. Alamak, Mee Semakin Menjauh. Seurat Je Sempat Masuk Mulut Roy. Lawak Lah Bang Roy, Haha !!
Rancangan Travel Lawak Projek Bapak-Bapak musim 1 hingga musim 3 telah mendapat sambutan hangat daripada para penontonnya. Menampilkan pelakon Roy Azman, Dato’ Jalaludin Hassan, Dato’ Ramli MS dan Jatt Ali, ramai yang terhibur melihat telatah mereka dalam rancangan tersebut.
Meninjau di akaun Instagram milik Roy Azman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Roy bersama Dato’ Jalaludin dan Dato’ Ramli berada di sebuah restoran di Hong Kong. Menerusi video itu, Roy sedang cuba menggunakan chopstick untuk makan semangkuk mee.
Namun telatah Roy yang mencuba sedaya upaya untuk makan menggunakan chopstick mengundang tawa warganet. Kelihatan mee yang ingin dimakan oleh Roy itu seolah cuba ‘melarikan diri’ dari Roy gara-gara Roy tidak pandai menggunakan choptick. Seloroh Roy di kapsyen mengatakan perkara seperti itu membuatkan dirinya malas.
Di ruangan komen pula, ramai yang mengatakan terhibur melihat gelagat Roy. Ada yang menyakat Roy dengan bertanya berapa lama masa yang perlu diambil oleh Roy untuk makan mee tersebut menggunakan chopstick. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Roy telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini:
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya sangat terhibur menonton perkongsian video Roy ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak pandai tak payah pakai bang. Menitis air mata jantan aku gelak, haha.. Bang, kau tengah mkn mee ker tu, ke tengah hisap chopstick.. “
” Pandai betul mee tu nak lari, kita yang tengok pun penat gelak, hahahaha.. Bang berapa bnyak mee dapat masuk mulut tuuu dan ambil masa berapa lama.. “
“Belum ape ape saya dah gelak dah bang… Ayoooo .. Tu org ckp.. Belum tentu rezeki kita walau dah depan mulut.. Bang Roy dah buktikan, hahaa.. “
” Kenape Abg Roy yang makan, kita yang jadi geram (tak dpt2 mee nya).. Rasa macam nk masuk dalam video ni, tolong suapkan Abg Roy.. “
” Abang, berapa lama nak habiskan semangkuk mee tu.. Penat pula kita yang tengok ni, hehehe.. Senang2, guna jelah sudu tu.. “
” Mengekek laaa mcm2 laa Roy ni.. Adoiii lain macam guna chopsticks tu Roy oiii.. Mee pun lari tau, bersabar jelalh Roy.. Kami yang tengok pun tumpang gelak.. “
” Abg Roy kenapa chopsticks tu di turun kan. Kan Mee tu dah slide, lain kali cungkit kedepan baru dia turun kt mulut.. Susah2 sangat minta je garfu abg.. “
Alahai memang kelakar tetapi dalam masa yang sama kesian pula tengok cara Roy nak makan mee itu. Bak komen warganet, senang-senang minta sahaja garfu daripada pelayan restoran untuk memudahkan Roy makan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan Rancangan Travel Lawak Projek Bapak-Bapak musim ke 4 yang akan ditayangkan nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG thisisroyazman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen