Artis / Selebriti
” Tak nak berhenti pulak air mata ni. Sedih tengok ayah Wawa nangis.. ” – Komen Netizen
Video Wawa Zainal memberikan kejutan hadiah hari lahir untuk ayahnya buat ramai tesentuh. Part ayah Wawa menangis paling meruntun hati. Bukan sekali, tetapi berkali-kali air mata seorang ayah jatuh..
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Wawa Zainal, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Wawa, Aeril dan anak-anak menyambut ulangtahun kelahiran ayah Wawa. Mereka keluar makan beramai-ramai untuk meraikan hari jadi bapak yang ke 72 tahun.
Menerusi video perkongsian ini, Wawa memberikan kejutan hadiah hari lahir berupa sebuah kereta dan juga wang tunai yang telah digubah. Reaksi ayah Wawa ketika melihat kereta tersebut menyentuh hati ramai. Mengalir air mata ayah Wawa dan mereka berdua turut saling berpelukan.
Bukan sekali tetapi berkali-kali ayah Wawa menangis dalam video ini. Bukan harta dan wang ringgit yang orang tua mahukan tetapi perhatian dan kasih sayang daripada anak itu yang penting. Hadiah adalah bonus dan ianya penghargaan Wawa untuk ayah yang banyak berkorban untuk membesarkan anak-anak.

Pada usianya yang sudah tua, ayah Wawa masih gagah dan boleh membawa kereta. Pastinya berbunga-bunga hati ayah Wawa kerana ada anak yang mengenang budi seperti Wawa. Kata Wawa di ruangan kapsyen, ianya rezeki untuk dirinya kerana dapat membahagiakan orang tua.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Adeh aku yang nangis… tak nak benti pulak airmata ni, sedih weh. semoga murah rezeki wawA sekeluarga… happy birthday bapak.. “
” Mata masuk habuk pulak.. mahal air mata seorang ayah tu, betapa dia rasa dihargai oleh si anak. smg berjaya didunia & akhirat w4w4_zainal selamat ulang tahun bapak.. “
” Air mata bahagia dari bapak. Smg wawa sekeluarga sentiasa di mewahkan lg rezeki kalian. Smg bapak wawa sentiasa di beri kesihatan kesejahteraan. Aamiin.. “
” Happy birthday bapak.. kenapa dengan i sekali meleleh air mata ni. bercucuran air mata jatuh.. Aku takleh la video pasal ibu bapa ni… aku yang banjir.. “
” Halfway je dah teary dan banjir.. Truly bapaks pure lavv. semoga ayah wawa dikurniakan kesihatan tubuh badan bahagia dunia akhirat. Sungguh bahagia rasa dapat membahagiakan orang tua.. “
” Sedih nye.. tengok ayah wawa nangis, saya pun ikut nangis.. saya pun tak sempat membahagiakan ayah.. Ya Allah rindu pada Ayah.. Alfatihah.. “
” Apa yg habuk masuk mata ni time Wawa tatap muka bapaknya lepas peluk. Happy turns 72, semoga dipanjangkan umur, jaga solat, hidup sentiasa dlm redha Allah. congratulations Wawa sebab dapat bahagiakan bapak.. “
Hati siapa yang tidak tersentuh melihat reaksi ayah Wawa itu. Air mata bahagia seorang ayah yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Semoga ayah Wawa sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Tahniah Wawa, anak solehah yang membahagiakan orang tua, hanya Allah yang mampu membalasnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

