Artis / Selebriti
” Tak kira di mana-mana pun, tak berhenti Matin peluk mummy dia.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Ketiga Shuib Sepahtu, Matin Begitu Manja Dengan Watie Buat Ramai Tersentuh. Alahai Matin, Diciumnya Tak Berhenti Mummy Tu, Sampai Terkelepek Tudung Mummy Dibuatnya. Mummy Pun Sporting, Melayan Jer !!
Meninjau di akaun TikTok milik anne_osman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak ketiga pelawak Shuib Sepahtu bersama ibu tirinya, Watie Hanifiah. Menerusi video itu, Matin tidak henti-henti memeluk Watie yang sedang duduk di meja makan.
Difahamkan video ini diambil ketika mereka menghadiri satu majlis berbuka puasa. Kalau dilihat Matin seakan sedang rancak berborak bersama Watie dan sekali-sekali Watie ketawa melihat telatah Matin yang suka menciumnya. Gelagat Matin tersebut telah menarik perhatian warganet.

Klik gambar untuk info..
Ramai yang mengatakan jelas terlihat Matin begitu menyanyangi Watie dan gaya mereka seperti ibu dan anak kandung. Selain itu, ada juga meluahkan rasa terharu melihat kasih sayang yang dicurahkan oleh Watie buat anak-anak Shuib.

Sehingga kini, video Matin dan Watie menerima ribuan tanda suka serta telah ditonton lebih 170 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Matin, berkali-kali Matin peluk dan cium mummy. sampai tudung mummy terkelepek dibuatnya.
Tonton video di bawah ini :
@anne_osman111 Manjanya Mateen dengan Mummy. Tak berhenti peluk mummynya 🥰. Alhamdulillah suka tengok keakraban anak-anak Shuib dengan Watie. Semoga keluarga ini bahagia selalu @shuibsepahtu @watiehanifiah #shuib #shuibwatie #watieshuib
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan memuji layanan Watie terhadap anak-anak Shuib. Antara komen-komen warganet adalah :
” Tak kira di mana-mana pun, tak berhenti Matin peluk mummy dia.. Msa arwah sarah mnggal Matin kcik lg.. Da mmg btul2 rindu dan prlukan seorg ibu. Rezeki Watie.. “
” Tu mksd nya budk² merasa sngt Watie syg durg ikhlas.. Dah macam anak kandung watie diorg n kan.. Tumpang bahagia ja tengok.. “
” Ank no 3 memng cmtu, suka berkepit dengan mak..Terbaik Watie, nampak dia boleh jadi seorang mak yang baik buat anak2 Shuib.. “
” Kalau orang tak tahu mesti ingat Matin ni anak kandung Watie.. Muka pun dah nak sama.. Untung anak-anak arwah Sarah dapat ibu yang baik jaga mereka.. “
” Masa arwah sarah meninggal dulu.. Aku paling risaukan Matin. Sebab dia plg bongsu time tu. mmg berkepit dengan ibu nya.. “
” Anak lelaki mmg rapat dgn ibu.. dia selesa dgn watie. Alhamdulillah pilihan Shuib tepat.. Rezeki dapat isteri yang boleh jaga anak2 dengan baik.. “
” Arwah Sarah baik, Allah hadirkan ibu yg baik utk jaga anak2 dia.. Semoga anak-anak ini menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. “
Jelas kelihatan kasih sayang Watie terhadap anak-anak tirinya. Sebelum mendirikan rumahtangga lagi, Watie begitu akrab dengan anak-anak Shuib. Apa-apa pun semoga keluarga ini terus bahagia bersama dan kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok anne_osman111
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen


