Artis / Selebriti
” Aku tersengeh-sengeh je sorang-sorang ni dengar jawapan KJ, haha.. ” – Netizen

Video Khairy Jamaluddin Kongsi Pengalamannya Menjadi Model. Part Ditanya Perasaan KJ Bila Jadi Model, Jawapan KJ Buat Johan Berdekah-Dekah Gelak. Amboi KJ, Confident Sungguh Jawapan Tu Yer, Haha !!
Sejak kebelakangan ini, banyak jenama pakaian melantik pempengaruh tempatan sebagai model demi melariskan jualan koleksi pakaian lebaran keluaran masing-masing. Begitu juga yang dilakukan oleh sebuah jenama terkenal melantik mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai model terbarunya.
Menerusi perkongsian video-video pendek di media sosial, Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ menggayakan beberapa set pakaian Baju Melayu dalam beberapa rona warna termasuklah krim, ungu, merah jambu dan biru laut bersama sampin. Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai.

Klik gambar untuk info..
Terbaru, meninjau ke akaun Instagram radio Hot FM, telah dikongsikan satu video KJ menjawab satu soalan daripada pemanggil yang menelefon stesen radio tersebut. Kedengaran pemanggil itu bertanya perasaan KJ menjadi seorang model.
Tak disangka, KJ menjawab dengan bersahaja perasaannya adalah ‘feeling handsome‘ . Mendengar jawapan KJ tersebut, rakan-rakan penyampai radio, Fara Fauzana, AG dan Johan berdekah ketawa. Sehingga kini, perkongsian video ini menerima lebih 2,800 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku tersengeh-sengeh je sorang-sorang ni dengar jawapan KJ, haha.. Sejujurnya KJ memang handsome sangat pun, hehe.. “
” Aderrr…Baru tahu hari ni… Handsome tu… Sejenis feeling rupanya.. Hahaha lawak lah KJ.. Spontan je dia bagi jawapan.. “
” Hahahahaha kelako la KJ.. Tak pernah tak lawak.. Terbaik lah KJ.. Serba boleh, lepas ni boleh lah pula ambil job berlakon.. “
” Setanding Fattah Amin, hahhahaa.. Tall, dark, handsome.. Cukup syarat.. Wehhh cairrr ooo tengok KJ ni, hehe tak tahu lah kenapa.. “
” Aduiiii ghosakkkk.. Ada je jwpn yg menghiburkan KJ ni.. Setiap jawapan KJ meyakinkn,yelah dia kan chief, hahahhahahaa.. “
” Hahahahhahaha KJ dah pandai bagi jawapan padu2 sekarang ehhh. Perghhh matching pulak dgn lagu bang nuar tu dengan jawapan KJ.. “
” KJ ni dah jadi GodFather Malaysia dah weyyyyyy.. Aku dengar ni la td mse otw g kje. Tersengeh aku sensorg, nasib ler tak melelong drive kereta, haha.. “
Boleh tahan kelakar KJ sekarang sejak-sejak bergelar penyampai radio, jawapan KJ pasti mencuit hati ramai. Sampai 26 helai baju KJ kena pakai dan mengambil masa hampir 6 jam. Akui KJ lagi, semua gaya dilakukannya ketika sesi photoshoot itu tidak diajar mana-mana orang dan ia adalah gayanya yang tersendiri.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Best duet ni, umpama klon suara Siti Nurhaliza dan Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen