Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen

Video throwback anak Amyza Aznan, arwah Andre Mikhail menyanyikan lagu Air Mata Syawal buat ramai sebak. Lagu yang membawa 1001 satu makna, sebak dengar suara sayu Andre menyanyi lagu ini..

Meninjau di akaun Instagram milik Sharifah Shahirah, telah dikongsikan sebuah video yang diambil daripada akaun TikTok milik rakannya, Amyza Aznan mengenai arwah anak sulung Amyza, Andre Mikhail. Perkongsian yang  memaparkan momen throwback arwah sedang menyanyi dengan penuh penghayatan menyentuh hati ramai.

Menerusi video berkenaan, kedengaran arwah Andre menyampaikan lagu raya bertajuk Air Mata Syawal, nyanyian asal oleh penyanyi tersohor negara,  Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Suara arwah yang merdu dan lunak itu jelas memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Malah, setiap bait lirik yang dialunkan terasa begitu menyentuh perasaan, apatah lagi lagu tersebut sememangnya sarat dengan emosi dan makna. Ada yang mengakui tidak mampu menahan air mata apabila mengenangkan pemergian arwah, lebih-lebih lagi apabila melihat rakaman lama yang penuh dengan memori indah.

Di ruangan kapsyen, Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera menzahirkan ucapan terima kasih kepada Amyza kerana masih menyimpan video kenangan Andre menyanyi. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima belasan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Tonton video di bawah :

Di ruangan komen, rata-ratanya turut meluahkan rasa tersentuh mereka setelah menonton video nyanyian Andre. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini.. Menangis weh.. Al fatihah.. Syurga tempat mu nak.. “

” Sedap suara arwah nyanyikan lagu ctdk ni, semoga arwah diredai dan dirahmati Allah SWT disamping orang soleh di taman2 syurga diSana, insyaAllah.. “

” Klu kite y tengok video dengan lagu macam ni pun dah menangis.. Apalgi kak amyza.. Allah semoga diberi kuatan buat kak amyza sekeluarg.. Al-Fatihah.. “

” Hancur hati seorang ibu apabila anak yang pergi dulu.. Saya melalui yang sama juga .. Alfateha buat arwah.. “

” Al fatihah semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan soleh.. Sedap suara dia nyanyi.. “

” Sedihnya.. Entahlah.. Walaupun bukan anak saya, saya juga merasa sedih melihat arwah pergi.. Semoga Andre ditempatkan dalam kalangan orang2 yang dikasihi Allah.. “

” Semoga Arwah ditempatkn bersama para solihin Dan kepergian Arwah Andre meningkatkan lagi pahala kak amyza Aamiin2 Ya Rabb.. “

” Video2 ni je lah yg jadi kenangan buat keluarga & kwn2 dia.. Al-fatihah… Semoga arwah Andre tenang di sana.. “

Sesungguhnya, kenangan tidak pernah pudar walaupun insan yang dirindui telah pergi.  Semoga segala memori indah yang ditinggalkan terus menjadi kekuatan buat keluarga arwah, dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak