Artis / Selebriti
” Tak boleh dengar lagu ni, mesti nangis. Sedihnya, betapa besar sayang SS untuk Ina.. ” – Netizen
Perkongsian Video Lagu Khas Arwah Suhaimi Saad Untuk Isterinya, Ina Naim Yang Menyentuh Hati Ramai. Indahnya Bait-Bait Lirik Lagu Ni, Bukti Dalamnya Cinta Suhaimi Untuk Ina. Sebaknya, Lagi-Lagi Part Kau Cinta Pertama Dan Terakhir !!
Telah lebih seminggu sejak pemergian bekas ahli kumpulan Inteam, Suhaimi Saad ke negeri abadi. Meninggalkan Ina Naim bersama 4 orang anak mereka, ramai yang dijentik rasa sayu dengan pemergian Suhaimi ini. Saban hari, ada sahaja video Suhaimi yang naik di FYP Tiktok.
Suhaimi sememangnya seorang suami yang penyayang terhadap Ina. Mulutnya setiap kali membuat live tidak pernah lekang memuji kebaikan Ina sebagai isteri. Malah beberapa bulan sebelum ini, Suhaimi ada menulis 3 ciri Ina sebagai isteri yang dikagumi.
Meninjau akaun Tiktok cikjuenormelaka, telah dikongsikan satu video muzik yang memaparkan Suhaimi menyanyikan lagu berjudul ‘ Kadang kadang rindu kadang kadang lupa ‘. Lirik lagu ini meruntun hati ramai dan lagu ini didedikasikan khas untuk Ina.

Ramai yang tidak menyedari Suhaimi pernah keluar dengan lagu ini. Ketulusan cinta seorang suami terhadap seorang isteri dan cintanya sampai ke mat1. Ina juga lambang kesetiaan seorang suami, beruntung Allah menemukan mereka dan berpeluang hidup bersama insan bernama Suhaimi Saad.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@cikjuenoirmelaka Bila SS dijemput Ilahi, bonda cuba cari kenal siapa Suhaimi Saad sebenarnya. Rupanya arwah suami yang hebat, hidup sederhana dan kebergantungannya hanya utk Allah. Arwah juga suka memuji isterinya Ina Naim. Bibirnya tidak pernah lekang memuji Ina dihdpn umum. subhanallah. Ina jg wanita yg hebat. cerminan isteri adalah dari cerminan suami. #suhaimisaad
♬ original sound – Cik Jue Noir Melaka – Cik Jue Noir Melaka
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” First time dngar lagu ni… bestnye. kita baru tahu lagu ni wujud. bnyk makna dlm senikata lagu arwah tetiba mata masuk habuk. kau cinta pertama dan terakhir, tak terbanding satu di dunia.. ”
” Alfatihah buat Arwah.. Arwah amat menghargai Dan menyanjongi isterinya… setiap Kali tgk posting mesti airmata mengalir Tanpa disedari.. ”
” Ina btol2 support ape je yg ss buat. nampak sngt ss betul2 menghargai ina.. kita pulak nmpak sebalikya. Allah yg Maha Mengetahui.. ”
” Saya tk boleh dengar lagu ni mesti nangis. sedihnya besarnya sayang ss untuk ina.. Moga Arwah tenang disana.. Moga ina sentiasa kuat Demi anak2.. ”
” Bertuah ina naim mendapat arwah lelaki terhebat.. sentiasa menyayangi isteri dan anak2…. al.fatihah buat arwah suhaimi saad.. ”
” Bait2 kata yg manis buat insan yang dia cinta.. bla dengar lagu ni rasa mcm nk nangis.. betul tak ada duanya dan satu-satunya cinta ss. moga arwah tenang disana.. moga ina kuat demi ank2.. ”
” Sedih lagu ni.. menjadi kenangan terbaik dlm hidup ank2x mereka.. kisah cinta abadi dr ibu ayah yg saling mencintai.. Kau cinta pertama dan terakhir mengiringi perjalanan terakhir seorang insan bernama suami.. al- fatihah ss.. ”
Siapa sangka Suhaimi ada lagu balada yang sesedap dan seindah ini liriknya. Mendengarnya sambil melihat muzik video mampu membuatkan air mata menitis tanpa sedar. Cinta pertama dan terakhir Suhaimi yang sejati. Semoga tenanglah Suhaimi di sana dan ditempatkan dalam golongan orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok cikjuenoirmelaka
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti8 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

