Artis / Selebriti
” Tak ada cover-cover dah, dia bagi gelak terus. Adoi, atok memang kelakar.. ” – Komen Netizen

Video Makder menyakat suaminya, Raissuddin Hamzah buat ramai terhibur. Baru Makder nak menyakat, sekali Makder terkena balik. Laju betul Raissuddin respon. Bak kata Makder, itu bukan senyum, itu dah gelak, haha..
Bagi yang mengikuti ibu tiri arwah Siti Sarah Raissuddin yang dikenali dengan nama Makder, pasti mengetahui yang Makder sering memuatnaik video suka menyakat suaminya, RaissuddinHamzah. Video pasangan suami isteri ini sering mengundang tawa warganet.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Makder, telah dimuatnaik video yang memaparkan Makder menunjukkan sesuatu kepada Raissuddin. Menerusi video itu, kelihatan pada paparan skrin telefon ada tertera tulisan ‘ senyum kalau nak kahwin lagi ‘ .
Membaca apa yang tertulis di skrin telefon tersebut, reaksi oleh Raissuddin membuatkan ramai yang terhibur. Manakan tidak, Raissuddin bukan sahaja memberikan reaksi senyum, malah dia juga turut ketawa. Melihat reaksi Raissuddin itu, Makder juga turut ketawa dan berseloroh berkata kepada Raissudin masih mempunyai niat untuk berkahwin lagi.
Bukan itu sahaja, selepas Makder memusing badannya, Raissuddin sempat membuat gaya tangannya seolah-olah dia begitu seronok. Sehingga kini, perkongsian video Makder menyakat Raissuddin itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak ada cover cover dah, dia bagi gelak terus. Adoi, atok memang kelakar.. Lawak2, dengar makder gelak pun dah terasa lawak dah.. “
” Makder punya ketawa tu bkn ketawa happy yee…Atok kena alert tau, hahaha.. Mungkin atok dalam bhya lepas nie, kami doakan yang baik2 utk atok.. ‘
” Nak sangatttt kan hambekkk senyum sampai telinga.. Hahahaha sekali aku pun gelak tengok weh.. Lawak betul lah Pakcik Raissuddin ni.. ‘
” Ini bukan setakat senyum gelak pun dapat.. Tu aku mlas buat, nanti last2 aku yang makan hati dengan husband aku, hahaha.. “
” Real saye tengok banyak kali sweet jer korang ni hubby and wife Makder dan Raissuddin.. Semoga korang bahagia selamanya.. “
” Tudia.. Senyuman pling ikhlas atok uwais bg dgn makder, haha auto cik garang jd kelakor hr ni.. Gelak makder tu macam arwah Siti Sarah.. “
” Mesti menyesal makder cuba try test kat atok, hahhaahhahaa berani betul atok, siap gelak lagi tu paling kelakar, hahaha.. “
Jarang-jarang melihat Raissuddin kelakar seperti ini, nampak sweet sangat pasangan suami isteri ini. Apa-apa pun, perkongsian video tersebut hanya lah sekadar hiburan sahaja. Semoga rumahtangga Makder dan Raissuddin akan terus bahagia serta kekal hingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral2 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral4 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral3 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral3 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli