Artis / Selebriti
” Tahniah, tau tau je dah nikah. Jadi betul-betul wife dia.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Pelakon, Syafie Naswip Raih Perhatian Ramai. Wah Ini Rupanya Berita Tergempar Yang Syafie Nak Kongsikan Tu. Cantik Wife Syafie, Bagai Pinang Dibelah Dua. Pelakon Juga Rupanya, Tahniah Syafie !!
Semalam pelakon serba boleh, Syafie Naswip ada berkongsikan satu status di akaun media sosial miliknya yang menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan peminat. Tulis Syafie pada postingnya itu, dia ada sesuatu yang ingin diumumkan dan meminta maaf daripada semua yang mengenali dirinya.
Tanda tanya peminat terjawab beberapa jam yang lalu apabila Syafie berkongsikan video majlis pernikahannya. Menerusi akaun Syafie Naswip dan Official Hlive, telah dikongsikan video dan gambar majlis akad nikah Syafie dan wanita pilihannya.
Si dia yang bertuah dan berjaya mencur1 hati Syafie adalah Afiqah Ishak. Mengenakan busana pengantin sedondon berwarna putih, pasangan ini memang sepadan dan sama cantik sama padan bagi pinang dibelah dua. Afiqah kelihatan cantik dan ayu berhijab.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja bernikah. Pandai Syafie menyimpan rahsia percintaannya itu. Selalu di media sosial Syafie hanya disajikan dengan posting berkisar karier dan ibunya sahaja. Nampaknya seorang lagi hero malaya off market.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Owh itu lah pengumuman nya.. Alhamdulillah. Tau tau je dah nikah. Congrats Ayie dan pasangan. Sama cantik sama padan. Cantik lah wife dia, manis.. ”
” Tahniah buat syafienaswip dan pasangan, semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Alhamdulillah.. selamat pengantin baru pada kedua-Dua mempelai.. comey isterinya.. ”
” Tahniah, smoga kedua-dua Pengantin kekal bahagia sehingga ke Syurga jannah juga dijauhkn segala kejahatan yg ingin menduga.. Aaminn yaa rabbal a’laamin.. ”
” Tahniah syafienaswip . Selamat menempuh hidup baru. p/s: Happy wife, happy life.. Moga bahagia sampai syurga insyaALLAH.. ”
” Tahniah… jadi btol2 wife dia.. dlm drama Cempaka melati tu… Alhamdulillah semoga berbahagia syafienaswip dan pasangan.. ”
” Tahniah Ayie, cantiknya wife dia. Ingatkan Syatilla Melvin tadi.. muka macam Tilla. selamat pengantin baru.. moga berbahagia ke anak cucu.. ”
” Tahniah Syafie dan wife. Wife dia pelakon juga lah.. muka seakan sama, senyum pun sama.. cantik handsome, sesuai sangat.. ”
Bagus Syafie ini, apabila sudah confirm menjadi miliknya, baru dikongsikan kepada umum. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah buat Syafie dan Afiqah. Semoga rumahtangga yang dibina ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berkasih sayang sampai ke akhir nyawa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Syafie Naswip, IG MStar Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen



