Artis / Selebriti
” Tahniah Eyra dan Haziq. Jantina dah tahu, kami tunggu reveal nama pulak.. ” – Komen Netizen

Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Telah Selamat Melahirkan Anak Ketiganya. Wah Happy Betul Abang Hayder Dan Endra Dapat Adik. Tahniah Eyra Dan Haziq !!
Pada bulan Mei yang lalu, pelakon Eyra Hazali ada berkongsikan berita kehamilan anak ketiganya kepada umum. Perkongsian Eyra pada waktu itu mendapat perhatian warganet. Suami Eyra, Haziq Nadzli dan anak-anak mereka, Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie juga teruja dengan perkhabaran itu.
Meninjau entry terbaru Eyra di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Eyra bersama Haziq, Hayder dan Endra. Kali ini, mereka tidak lagi berempat kerana si kecil yang dinanti-nantikan telah pun selamat dilahirkan.
Eyra mengucapkan rasa syukurnya ke hadrat Allah atas kurniaanNya itu. Dianugerahkan seorang lagi anak lelaki, Eyra memaklumkan kelahiran bayi tersebut pada 26 September pada jam 5.43 petang. Bertambah seorang lagi ‘keeper’ Eyra, makin riuh lah rumah nanti.
Eyra juga tidak lupa mengucapkan ucapan terima kasih untuk semua yang mendoakannya. Jantina bayinya sudah pun diketahui, cuma menunggu untuk Eyra dan Haziq memaklumkan nama yang dipilih untuk si kecil ini. Tidak sabar warganet ingin melihat wajah penuh baby, tentu comel seperti Hayder dan Endra.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Eyra ini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Syukur alhamdullilah, congratulations eyra dan haziq.. dah 3 orang anak dia, aku juga yang tak kahwin lagi.. “
” Kalau keeper maknanya boy la yer. Takpe asalkan anak sihat membesar dgn baik n comel. itupun dah rezeki terbesar dahh.. “
” Alhamdulillah, tahniah Eyra dan Haziq. both abang Hayder dan Endra nampak macam kembar daaa.. “
” Congrats Mrs Grey.. jantina dah tahu, kami tunggu reveal nama pulak.. Mama seorang je puteri , 3 orang keeper.. “
” Masyaallah Tabarakallah sudah ada 3 keeper. dua org tu dah macam twin.. happy betul dorang berdua dapat adik lagi.. “
” Rasa cam baru je attend wedding eyra, macam tiba2 dah anak 3. congrats eyra and haziq.. selamat berpantang hot mommy hehe.. “
” Alhamdulillah tahniah papa jiq & mama eyra.. tambah 1 lagi keeper.. Semoga baby membesar dgn baik, mommy juga sihat selalu.. “
Alhamdulillah, segala urusan Eyra untuk melahirkan zuriat ketiganya ini dipermudahkan oleh Allah. Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Eyra dan Haziq. Semoga Eyra cepat sembuh dan semoga baby boy membesar dengan sihat. Selamat berpantang buat Eyra.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Eyra Hazali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral7 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral2 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Viral6 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral6 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen