Artis / Selebriti
” Sya anak papa tau, tolong papa kekalkan.. ” – Jinggo
Kata-Kata Jinggo Buat Menantu Tersayang, Elisya Sandha Setelah Bergelar Ibu Buat Ramai Turut Tersentuh. Komen Balas Daripada Elisya Raih Perhatian Warganet !!
Beberapa hari lalu, pelakon Elisya Sandha telah selamat melahirkan anak pertamanya yang merupakan seorang bayi perempuan. Perkongsian berita gembira tersebut turut dikongsikan oleh ibu mertua Elisya iaitu Sheila Rusly di akaun Instagram.
Meninjau di akaun Instagram bapa mertua Elisya, Jinggo juga telah berkongsi video momen sebelum Elisya bersalin dan selepas bersalin. Selain itu, Jinggo telah menitipkan beberapa ucapan istimewa sempena kelahiran cucu tersayangnya, Bunga Elhaq.
Terbaru, Jinggo atau lebih mesra dengan panggilan Tok Sidang berkongsi satu video dan ucapan khas buat Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy yang sudah bergelar ibu dan bapa. Setiap kata-kata pesanan yang ditulis oleh Jinggo buat Elisya sangat penuh bermakna. Jelas terlihat kasih sayang seorang bapa kepada anak perempuannya.

Manakala menerusi video pula, terlihat Jinggo sedang mendukung baby Bunga pada waktu pagi. Sekali lagi perkongsian oleh Jinggo telah menarik perhatian umum. Sehingga kini posting tersebut telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terharu setelah membaca ucapan Jinggo dan menyifatkan yang Jinggo seorang bapa yang sangat menyayangi menantu seperti anak kandungnya sendiri. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sejak ada cucu ni, post tiap2 hari buat hati menang1s, meleleh je air mata. Sgt tersentuh, moga keluarga ini senantiasa diberkati dan dibwh lindungan Allah swt.. “
” MasyaAllah TabarakAllah. Tak pernah tak tersent0h kalau baca caption Tok Sidang, pesanan yang sangat bermakna.. “
” Untungnya Elisya dapat keluarga mertua yang sangat2 menyayanginya, menerimanya seadanya. Moga keluarga Tok Sidang akan sentiasa bahagia.. “
” Puitis titipan nya datangnya dr hati yg sens1tif. Melihat bkn sj dgn mata semata, tp dr hati paling dalam.. “
” Beruntungnya Elisya. Ikhlas betul kasih syg mertua kepada menantu. Alhamdulillah. Smg kekal hingga ke jannah.. “
” Setiap baris yg ditulis penuh nasihat. Penuh harapan, penuh kasih sayang, inspirasi setiap baris seolah meyatakan keikhlasan hati, terh4ru saya membacanya.. “
” Bertuah Sha adanya pak dan mak mertua yg baik dan mendidik macam anak kandung. Semoga terus bahagia selamanya.. “
Respon Elisya di ruangan komen :

Penuh bermakna setiap baris yang ditulis oleh Jinggo buat Elisya dan Uzair. Apa-apa pun, tahniah kepada Elisya kerana sudah bergelar seorang ibu. Semoga baby Bunga akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jinggo, Elisya Sandha, Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

